Dengan Keaslian Produk, Zemvelo Sedia ke Pasaran Antarabangsa
PENGAMBILALIHAN dalam sesuatu perkara bukanlah mudah, malah ia mencabar apatah lagi jika yang diambil alih itu sudah dikenali ramai. Jika hasilnya tidak seberapa, pastilah pihak yang mengambil alih, dan yang membenarkan tindakan tersebut hampa.
Walau bagaimanapun, Naurish Sdn Bhd (Naurish) dengan bangga mengumumkan kejayaannya dalam mengambil alih Zemvelo, sebuah jenama terkemuka yang mengkhusus pengeluaran Sacha Inchi bersama-sama kilang pengeluar, Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd.
Menurut Ketua Pegawai Komersial Naurish, Encik Fadli Shah atau lebih mesra dengan panggilan Karl, pengambilalihan itu merupakan langkah strategik.
“Ia bertujuan menempatkan Naurish sebagai pemain utama dalam pasaran Sacha Inchi, sekali gus tambah mengukuhkan komitmen untuk menghasilkan produk kesihatan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi,” jelas Karl.
Tambah beliau semasa Majlis Pelancaran Zemvelo di Kafe Sarawak Johor, Damansara Perdana pada 23 Disember lalu, pengambilalihan itu termasuk 22 syarikat jenama OEM Sacha Inchi di bawah naungan Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd, yang menandakan perkembangan ketara dalam portfolio Naurish.
EEncik Fadli Shah @ Karl (kanan) semasa sidang media Majlis Pelancaran Zemvelo pada 23 Disember lalu. Di sebelah kanan ialah Encik Zainal Alam Kadir sebagai pemudah cara.
4.
PrProduk kesihatan yang mampu merawat masalah gout, sakit sendi, sengal otot, badan lesu tidak bermaya, serta kebas kaki dan tangan.
2. Menariknya dan boleh meyakinkan orang ramai menjadi pengguna, Naurish komited menghasilkan gelatin softgel berasaskan sayur-sayuran 100 peratus. Ia tidak menggunakan bovin atau unsur berasaskan haiwan lain.
Justeru, tegas Karl, minyak Sacha Inchi dapat digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna, termasuk vegetarian dan vegan.
“Naurish menekankan kepentingan pemilihan produk oleh pengguna, kerana softgel dalam pasaran mungkin berasal daripada sumber yang bukan berasaskan tumbuh-tumbuhan, dan status halal yang meragukan,” tambah beliau.
3. *********************************************************************************************************************************************
‘JJualan Pecah’ turut diadakan selepas Majlis Pelancaran Zemvelo.
7. Ini nyata berbeza dengan beberapa produk di pasaran yang mungkin mengisytiharkan softgel mereka berasaskan tumbuh-tumbuhan dan halal tanpa pengesahan yang betul.
“Dalam hal ini, Naurish boleh tampil meyakinkan kerana memiliki atau memegang sijil
Halal dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami juga berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan
Dadah Amerika Syarikat atau FDA, yang tambah
mengukuhkan lagi komitmen terhadap standard global, dan keselamatan produk,”
ujar Karl lagi.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Naurish, Encik Farhan Umar. Majlis dikendalikan
oleh mantan pengamal media arus perdana, Encik Zainal Alam Kadir.
Lebih meyakinkan, komitmen Naurish terhadap kecemerlangan tidak terhad pada sijil sahaja.
Ini kerana, tambah Karl, setiap produk
mengalami ujian makmal yang ketat untuk memastikan semua tahap vitamin, dan
omega 3, 6, 9 memenuhi standard kualiti tertinggi.
“Komitmen ini menekankan usaha berterusan Naurish dalam setiap aspek penawaran produknya,”
ujar beliau yang mengajak orang ramai mengalami kecekapan dalam kecergasan dengan softgel Zemvelo yang mempunyai kadar
kelarutan pantas, iaitu penyerapan optimum hanya dalam masa seminit!
Dengan demikian, pastinya ia satu standard
baharu, iaitu mengatasi kapsul
konvensional (vegetable carrageenan)
empat minit, dan softgel (bovine)
tiga minit!
Dengan segala
komitmen dan kelebihan yang dimilikinya, tambah Karl, Naurish berharap dapat membawa Sacha Inchi kepada pengguna yang lebih
luas, mengekalkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan
pelanggan.
Dalam sidang media pelancaran tersebut, Karl
turut menjelaskan bahawa Zemvelo bukan
penjenamaan semula, tetapi kemunculan semula dengan wajah dan tenaga baharu.
“Sudah tentu keupayaan ini bermanfaat dalam langkah atau hasrat memasarkan Zemvelo
di Indonesia pada tahun 2024,” kata beliau menjawab satu soalan pihak
media.
Encik Fadli Shah @ Karl (dua dari kiri) bersama-sama tiga tenaga pendokong Naurish Sdn Bhd.
Demi kelangsungan dan penerusan hasrat menyumbang kepada kesihatan masyarakat tempatan, dan
sejagat, Naurish mensasarkan keuntungan RM6 juta dalam pasaran tempatan, dan
RM200 juta dalam pasaran antarabangsa.
Majlis Pelancaran Zemvelo turut diserikan dengan
Majlis Aqiqah anak kepada Encik Farhan Umar, dan ‘Jualan Pecah’ di pekarangan
Kafe Sarawak Johor.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
1.
5.
6.
No comments: