ZIKIR, DOA, NYANYI SIMPATI MOHON SELAMAT BUAT WARGA PALESTIN

 

KEKEJAMAN rejim Yahudi Zionis Israel terhadap warga Palestin seperti tiada penghujung. Perlakuan itu kian menjadi-jadi selepas gencatan senjata seminggu yang pertama sejak bermulanya pembantaian pada 7 Oktober lalu.

 

Golongan yang simpati/prihatin dekat dan jauh terus memberikan sokongan serta bantuan sedaya boleh, mengikut kemampuan masing-masing.

 

Antaranya termasuklah golongan seniman/budayawan. Mereka berperanan seboleh mungkin dengan bakat yang dimiliki.

55555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555

                                

Dr Fitri Haris, Sdr Nadir Al-Nuri, Puan Zubaidah Mukhtar (empat, lima, enam dari kanan) bersama-sama sebahagian daripada artis yang akan menjayakan Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony For Humanity – Live @ Istana Budaya       

11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111

Justeru, syabas dan tahniah wajar diucapkan kepada kumpulan nasyid terkenal UNIC dan Inteam, bersama-sama Bienda, Farhatul Fairuzah, Ikhwan Fatana, Furqan Fawwaz, Ammar Mukhlis dan beberapa lagi yang akan menjayakan Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Live @ Istana Budaya di Panggung Sari, pada 5 Januari 2024.

 

Konsert berskala besar sebagai tanda solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang berkonsepkan ‘pendanaan orang ramai’ atau crowdfunding itu dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM), dan Niyat Group dengan kerjasama Istana Budaya (IB).

 

CGM dipelopori Sdr Nadir Al-Nuri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang dalam perjuangan membina semula kawasan di Genting Gaza bersama-sama Niyat Group yang berpengalaman luas menganjurkan konsert-konsert Islam di Malaysia, Maghribi, Mesir, dan United Kingdom.

22222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222

                                                                        

            Dr. Fitri Haris menyampaikan ucapan alu-aluan, dan taklimat ringkas.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Menjelang konsert berkenaan kira-kira sebulan lagi, satu sidang media telah diadakan di Bilik Seri Nilam, IB pada 6 Disember lalu yang turut dihadiri Nadir; pengarah konsert, Dr Fitri Haris; Ketua Pengarah IB, Puan Zubaidah Mukhtar; penyanyi Fakhrul Radhi, dan Bazli Hazwan (UNIC), Ikhwan, dan Bienda, serta wakil penganjur/rakan-rakan strategik/penaja.

 

“Penganjuran Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Live @ Istana Budaya bertujuan menangkis stigma masyarakat bahawa semua konsert membawa konotasi negatif,” jelas Dr Fitri, yang juga ahli UNIC, dan perunding konsert berkenaan.

 

Sebut sahaja konsert, tambah beliau, orang selalu kaitkan dengan hal-hal tidak baik, sedangkan jika dilakukan secara murni, banyak manfaat yang boleh kita peroleh.

 

Inilah peluang dan masa untuk mereka yang berkenaan datang beramai-ramai membeli tiket, menghayati pengisian rohani sambil menderma sebagai tanda solidariti untuk saudara-saudara kita di Palestin,” ujar Fitri.

 

Mengenai muzik pengiring, beliau menjelaskan Chaan dari Leman Band dipilih sebagai pengarahnya, memimpin sembilan pemuzik.

66666666666666666666666666666666666666666666666666666666666666666666666666

                                

Bazli Hazwan dari UNIC (kanan) membuat persembahan istimewa sebagai bayangan pengisian Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Live @ Istana Budaya nanti.

22222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222222

Chaan dan anak buahnya telah membuktikan kemampuan mereka dalam penampilan memikat untuk penataan muzik Konsert Mega Zikir Terapi dengan gabungan unsur tradisional, moden, dan fusion di Zepp Kuala Lumpur, 16 September lalu.

 

Sambil mengharapkan sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin sebanyak RM1 juta tercapai, Fitri memberitahu pelbagai usaha akan dilakukan menjelang tarikh 5 Januari 2024 sebagai penjana.

 

Hasil pembelian tiket konsert akan disalurkan seratus peratus ke Tabung CGM. Kami juga mengalu-alukan penaja utama, dan penaja bersama bagi menjayakan konsert kemanusiaan ini,” tambah beliau.

 

Sementara itu, Nadir memberitahu CGM memang berhasrat membawa seorang artis dari Palestin untuk membuat persembahan. Walau bagaimanapun, itu terhalang kerana pintu sempadan di sana masih ditutup.

 

“Saya sendiri masih belum dapat kembali ke Gaza bertemu anak isteri dan meneruskan kerja-kerja pembinaan semula. Keadaan di sana pun masih gawat yang entah bila akan berakhir,” tambah beliau.

 

Mengenai kehadiran warga Palestin di Malaysia sebagai penonton, Nadir menjelaskan, penganjur konsert akan mengundang pihak Kedutaan Palestin yang telah menjayakan pameran bersempena dengan Hari Terbuka Parlimen Malaysia pada 6 dan 7 Mei lalu.

44444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444444

                                 

Dr Fitri Haris, Sdr Nadir Al-Nuri, Puan Zubaidah Mukhtar (empat, lima, enam dari kanan) bersama-sama sebahagian daripada wakil penganjur/rakan strategik/penaja selepas sidang media Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Live @ Istana Budaya.

***********************************************************************************

Sementara itu, Puan Zubaidah memberitahu IB menyediakan tempat untuk persembahan konsert. Namun demikian, belum pasti dapat memberikan secara percuma atau tidak.

 

“Saya pasti ramai yang tahu IB akan ditutup selama kira-kira tiga tahun untuk kerja-kerja pembaikan bumbung. Setelah tertangguh beberapa kali, perkara tersebut akan dimulakan selepas 5 Januari nanti,” jelas Zubaidah.

########################################################################

                                                                                                                                                                                                                                     

Dari kiri; Puan Zubaidah Mukhtar, Sdr Nadir Al-Nuri, dan Dr Fitri Haris semasa sidang media Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony For Humanity – Live @ Istana Budaya. 

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Mengikut perancangan, sebanyak 15 trek yang mengandungi tujuh alunan zikir, dan lapan lagu akan dipersembah pada malam konsert, dan diketuai UNIC yang kini tular dengan Doa Qunut Nazilah.

 

Menariknya, artis-artis yang tampil membuat persembahan nanti dibawakan oleh badan bukan kerajaan, dan syarikat rakaman masing-masing, sebagai rakan-rakan strategik secara percuma.

 

Antara yang terlibat adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang membawakan UNIC, Inteam, dan Farhatul; Syria Care dengan Furqan, serta Masyhur (Ikhwan), Star Vilion, Niyat Studio, Zayan, dan MyTicket.

 

Seperkara lagi, orang ramai dijemput datang seawal jam 10 pagi ke IB kerana terdapat pelbagai aktiviti, dan pengisian seperti pameran, pertandingan, dan reruai jualan menjelang waktu konsert bermula. Konsert berkenaan juga dijangka menerima kehadiran tetamu elit, usahawan dan kenamaan.

 

Tiket menyaksikan Konsert Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Live @ Istana Budaya telah dijual bermula pada 6 Disember, dan boleh didapatkan menerusi laman sesawang MyTicket.Asia.


- RAJA YUSOFF ARIFFIN

 




















No comments:

Powered by Blogger.