Hotel Tenera Tampilkan Che Ta Wajah Bufet Ramadan 2024
SAJIAN JAMIN SEDAP BERTERUSAN
SELEBRITI seni dan keusahawanan terkenal, iaitu pelakon Rozita Che Wan bakal menyerikan Hotel Tenera yang terus menjadi pilihan lokasi Bufet Ramadan tahun ini – 1445 Hijrah/2024 Masihi.
Bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, akan ditampilkan sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera tahun ini, bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
Sudah menjadi kelaziman, Bufet Ramadan di Hotel Tenera, Bangi menjadi pillhan Che Ta dan tetamu pelbagai golongan kerana sajiannya yang lazat, dan tempat yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.
Semasa Majlis Prebiu ‘Lip-Lap Lip-Lap Ramadan 1404’ di Grand Ballroom, Hotel Tenera pada 8 Februari lalu, Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, memberitahu Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.
“Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan, serta aneka minuman,” katanya dalam ucapan alu-aluan.
Bukan itu sahaja, tambah Fadzly, terdapat lebih 200 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya, dan yang pasti dinanti-nantikan buah durian yang akan disajikan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah (kanan sekali) mengiringi Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (kiri sekali) dan Rozita Che Wan (cermin mata hitam) melawat salah sebuah gerai menu Ramadan 2024.
=========================================================================
“Hidangan lain yang pastinya tak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, dan banyak lagi,” kata beliau.
Lebih menarik, bersempena dengan penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang menikmati menu pilihan selebriti tersebut di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.
Kelazatan menu hidangan ini adalah hasil air tangan cef berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said yang juga Chef Eksekutif Hotel Tenera.
=========================================================================
“Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas positif pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij Best Ramadan Buffet pada 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia,” jelas Fadzly.
Hotel
Tenera menawarkan harga tempahan awal, atau early
bird pada harga RM98 sahaja berbanding harga asal RM138 (Isnin-Khamis), dan
RM158 (Jumaat-Ahad).
Tawaran
pembelian early bird ini terbuka
sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian
baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di
talian 019-3854 796.
Di
sepanjang Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik
istimewa, termasuk baucar Bufet Ramadan, serta hidangan pada waktu sahur.
Pihak
hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung
menunaikan solat maghrib, isyak dan sunat tarawih.
Untuk
itu, pihak hotel juga membawa wakil dari Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk
memimpin solat jemaah isyak dan tarawih pada setiap malam di sepanjang Ramadan.
Lebih
menarik dan istimewa, Hotel Tenera yang dimiliki Koperasi Permodalan FELDA
Malaysia Berhad (KPFMB) sepenuhnya ini berkonsepkan ‘Mesra Muslim’.
Hotel
ini mempunyai 502 bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan 1,200 orang, dan ada tiga kolam
termasuk, satu kolam yang berkonsepkan Muslimah.
Selain
Fadzly dan Che Ta yang menyampaikan ucapan, turut hadir ialah Pengerusi FELDA,
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dan penyanyi ‘legenda hidup’, Dato’ Jamal
Abdillah.
Dato’
Sri Ahmad Shabery turut melawat gerai-gerai diiringi Fadzly dan Che Ta sebelum
mengadakan sidang media.
Dikendalikan
oleh selebriti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengacara, Dato’
Jamal menghiburkan hadirin dengan dendangan lagu malar segarnya, Keluhan Perantau, dan Sendiri.
Dalam
ucapan beliau, dan juga semasa sidang media, Ahmad Shabery turut mengumumkan bahawa
Hotel Tenera dipilih sebagai hotel rasmi untuk sambutan Hari Peneroka FELDA
2024 pada Julai akan datang.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek turut mengumumkan bahawa Hotel Tenera dipilih sebagai hotel rasmi untuk sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 pada Julai akan datang.
========================================================================
Dato' Jamal Abdillah mendendangkan Keluhan Perantau dan Sendiri.
Sebarang maklumat lanjut boleh
hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796.
Untuk maklumat lanjut, sila
layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram
(@hoteltenerabangi).
Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera
Pakej Ramadan Staycation
■
2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
■
Bufet Ramadan untuk 2 orang
■
Sahur untuk 2 orang
■
RM388 bersih/bilik
■
2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)
■
Bufet Ramadan untuk 4 orang
■
Sahur untuk 4 orang
■
RM688 bersih/unit
Pake’ Ramadan Residensi
(Tempahan adalah untuk 20 orang
ke atas)
■
2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)
■
Bufet Ramadan untuk 1 orang
■
Sahur untuk 1 orang
■
RM298 bersih/seorang
■
2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)
■
Ramadan Bufet untuk 2 orang
■
Sahur untuk 2 orang
■
RM216 bersih/seorang
*Pakej promosi penginapan diatas
adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
###
Maklumat & Tempahan
☆ Tempahan Bufet Ramadan
○
03-8929 9600
○
019-385 4796 (Whatsapp)
☆ Tempahan bilik penginapan
○ 03-8929 9600
○
019-233 1796 (Whatsapp)
Email: hoteltenera.kpf@felda.net.my
Laman Rasmi: www.tenerahotel.com.my
tenerahotel.com.my
No comments: