Untuk Bufet Ramadan 2025 AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Sentuhan ‘Air Tangan Bonda’ Chef
Kak Yam
BULAN mulia penuh berkat, Ramadan al-Mubarak tahun ini dijangka
bermula pada 2 Mac 2025. Bersempena dengan itu, AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AnCasa
Hotel HKL) menawarkan satu pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan bufet
Ramadan yang menyajikan lebih 200 jenis juadah istimewa.
Menariknya,
setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang, dan keaslian ‘air tangan
bonda’ pasti menggamit kenangan nostalgia bersama-sama keluarga tersayang.
Untuk
tahun ini, gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel KL dibawakan khas bersempena
dengan Ramadan 1446 Hijrah, untuk mengembalikan sajian ‘Air Tangan Bonda’ yang
pasti akan membawa kelainan, dan keunikan rasa memikat hati setiap pengunjung.
Siapakah
Chef Kak Yam? Beliau adalah chef legenda di AnCasa Hotel KL suatu ketika
dahulu. Beliau yang terkenal dengan kemahirannya menyediakan hidangan masakan
Melayu asli, telah menggabungkan resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun,
memberikan pengalaman berbuka yang autentik, dan menyentuh jiwa.
Untuk
para pelanggan, nikmatilah! Gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel KL
pasti akan memberikan satu rasa yang mengagumkan. Setiap hidangan yang
dihidangkan adalah hasil seni masakan yang menyatukan rasa, aroma, dan kenangan
masa lalu.
Terdapat
pelbagai hidangan ‘air tangan bonda’ yang pasti menggugah selera dalam bufet
Ramadan AnCasa Hotel KL. Satu daripadanya adalah AnCasa Briyani, yang kaya
dengan rempah dan aroma yang memikat.
Dipadankan
dengan Kambing Gulai Kawah, serta Daging Kandar yang lembut dan penuh rasa, akan
membangkitkan pengalaman rasa yang tidak terlupakan.
Sementara
itu, Ayam Kuzi yang empuk pula pasti menyempurnakan sajian dengan rempahnya
yang kaya, dan menyegarkan.
Ikan Patin Masak Asam Tempoyak pula memikat dengan rasa tempoyak berkrim, yang dipadankan dengan keasaman yang menyegarkan.
Udang
Goreng Kunyit yang rangup dan berperisa turut menjadi pilihan sempurna untuk
melengkapkan hidangan ini.
Selain
itu, pengunjung berpeluang menikmati Jantung Pisang Lemak Cili Padi yang kaya
dengan rasa santan, serta Acar Rampai yang segar, hingga hidangan ini semakin
lengkap dan memuaskan.
Sup
Gearbox Kambing yang kaya dengan rasa
rempah turut disajikan, bersama-sama hidangan istimewa lain seperti Apam Balik
AnCasa, Sotong Kangkung, Pasembor, Aneka Kerabu, Aneka Laksa, pelbagai jenis
Sambal Tradisi, dan Aneka Sushi yang pasti memenuhi citarasa setiap pengunjung.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Akhir
sekali, nikmati pelbagai pencuci mulut yang menggugah selera, seperti Kuih-Muih
Tradisional, Agar-Agar, Puding, Kek, dan Pancuran Coklat. Sajian-sajian ini
pasti akan memanjakan selera setiap pengunjung, serta memberikan pengalaman
berbuka puasa yang istimewa dengan keunikan rasa, dan tradisi.
Supaya
berbaloi, AnCasa Hotel KL turut menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk
seluruh keluarga. Buktinhya, bufet Ramadan ini hanya berharga RM98 untuk
dewasa, RM78 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM58 untuk kanak-kanak
berumur enam hingga 12 tahun.
Baucer
tempahan awal boleh didapatkan dengan harga RM88 sebelum 21 Februari 2025.
Tempahan boleh dilakukan dengan mudah melalui talian 03 2026 6060 sambungan
7703, atau 011 3179 4121.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AnCasa
Hotel KL juga memperkenalkan promosi eksklusif Set Amboi Bibik Melaka di
Restoran Madam Zee. Set hidangan istimewa ini menyajikan pelbagai juadah
tradisional Peranakan Melaka, antaranya Ayam Goreng Belacan, Sambal Udang
Petai, Ikan Asam Pedas Melaka, Fucok Goreng Cili Cuka, Telur Cincalok dan
Nyonya Pai Tee.
Set
Amboi Bibik Melaka ini ditawarkan pada harga RM52+ seorang dengan tempahan
minimum empat orang, dan memerlukan tempahan awal 48 jam untuk memastikan
kelancaran penyediaan.
Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2026 6060 samb. 7705 atau 014 290 0407.
No comments: