FILEM YANG MEMBELA ATAU MENGHINA FREDDIE MERCURY?
SASTERA BUDAYA
Queen kumpulan rock dari London pada 1970, yang dianggotai Freddie Mercury (penyanyi utama/piano), Brian May (gitar utama/penyanyi), Roger Taylor (dram/penyanyi), dan John Deacon (bass). Lagu-lagu awalnya dipengaruhi rock progresif, rock keras, dan heavy metal.
Walau bagaimanapun, lagu-lagu Queen beransur-ansur beralih kepada yang lebih konvensional, dan "mesra radio" dengan pelbagai gaya, seperti rock arena dan rock pop. Kebetulan Smile kehilangan penyanyi utama, Tim Staffell ketika Mercury mendekati May dan Taylor. Mercury menawarkan diri sebagai pengganti, dan menunjukkan bakatnya. Dia diterima kerana gaya dan suaranya unik. Deacon menyertai Queen sebelum rakaman album pertama, Queen pada 13 Julai 1973. Queen pertama kali tersenarai dalam carta United Kingdom (UK) dengan album kedua, Queen II (1974). Namun demikian, kemunculan Sheer Attack (1974) dan A Night at the Opera (1975) membawa mereka mengecapi kejayaan antarabangsa.
Sebelum muncul dengan Queen, May dan Taylor bermain dalam kumpulan Smile. Mercury (nama sebenarnya Farrokh Bulsara) merupakan peminat Smile. Dia menggesa mereka bereksperimen lebih terperinci dalam teknik pentas dan rakaman.
Album News of the World (1977) pula mengandungi lagu "We Will Rock You" dan "We Are the Champions" (yang dijadikan lagu temasya sukan). Lagu "Bohemian Rhapsody" (album ketiga) juara carta lagu popular di UK sembilan minggu berturut turut (walaupun eksekutif EMI, Ray Foster (lakonan Mike Myers) melarang penyiaran pertama kali di radio kerana
berdurasi enam minit) yang ikut mempopularkan trend video muzik. Pada awal 80-an, Queen antara kumpulan "rock stadium" terbesar di dunia. Seterusnya ia menerima Anugerah Ivor Novello bagi Koleksi Lagu Hebat dari Akademi
Pengarang, Penulis Lagu dan Komposer British (2005).
"Another One Bites the Dust" (1980) menjadi single paling laku, sementara album kompilasi, Greatest Hits (1981) terlaris di UK, dan lapan kali dianugerahi platinum di Amerika Syarikat. Queen turut menerima anugerah Sumbangan Luar Biasa untuk Anugerah Muzik British dari Industri Fonografi British (1990). Mereka dibawa ke Rock and Roll Fame pada 2001. Semua ahli Queen mencipta pelbagai lagu popular dan dibawa ke Songwriters Hall of Fame (2003). Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman Grammy pula diterima pada 2018. Apa pun, konsert "Live Aid" telah memulihkan krisis Queen. Persembahan semua penyanyi, termasuk Queen secara percuma dalam konsert itu turut mengubah sikap ayah Mercury, Bomi Bulsara (Ace Bhatt) terhadapnya yang membantah dia menjadi penyanyi. Queen mengadakan konsert terakhir pada Ogos 1986, lima tahun sebelum Mercury mati akibat komplikasi AIDS. May dan Taylor turut menjadi konsultan kreatif untuk filem yang menampilkan keunggulan Queen - menumpukan kehidupan Mercury dan persembahan "Live Aid" Queen di Stadium Wembley pada 1985 ini. Berapa peratus paparan yang sebenar? Jika Mercury tidak menghidap AIDS, lain kisah filem ini. Andainya dia menjadi penyanyi solo (ditawarkan $4 juta), tentu berlainan juga. Mercury bergelut dengan amalan biseksualnya - di samping mencintai Mary, dia meminati lelaki/gay - berskandal dengan pengurus peribadinya, Paul Prenter (Allan Leech), dan teman lelakinya, Jim Hutton (Aaron McCusker), memecat pengurus kedua Queen, John Reid (Aidan Gillen), menagih dadah, dan berenggang dengan rakan-rakan kumpulannya.
Walau bagaimanapun, filem berdurasi 135 minit ini menghiburkan, dan mengharukan penonton menerusi lakonan mantap, terutamanya Rami Malek. Queen tetap "legenda hidup" meskipun tanpa Mercury. Taglinenya, "perkara terhebat selain muzik Queen ialah kisah penyanyi utamanya", dan judulnya boleh dianggap tepat. Kisah Freddie (kacukan Iran-British) yang menulis lagu, menubuhkan kumpulan Queen bersama-sama May (Gwilym Lee), Taylor (Ben Hardy), dan Deacon (Joseph Mazzello) - rakan baharu, dengan sokongan teman wanitanya, Mary Austin (Lucy Boynton) memang yang sebenar. Itu menunjukkan masih ada sikap yang baik dalam diri Mercury. Atas peringatan/nasihat Mary yang hamil, Mercury memecat/mengusir Prenter yang sebenarnya pengkhianat dan "pengadu domba".
Mercury juga muak dengan ajaran Zoroastri oleh ayahnya, iaitu "pemikiran yang baik, perkataan yang baik, dan amalan yang baik". Kerjaya Queen begitu cemerlang di sebalik pelbagai masalah peribadi Mercury, sehingga mendapat sambutan hangat semasa menjayakan konsert "Live Aid". Sebelum membuat persembahan, Mercury memberitahu rakan-rakan kumpulannya bahawa dia menghidap AIDS, tetapi meminta mereka berlagak biasa demi kejayaan persembahan. Dalam pertarungan melawan AIDS, Mercury tetap menyayangi Queen sehingga ke akhir hayatnya.
Testing 1...2...3
ReplyDelete