SASTERA BUDAYA
BERKHUTBAH DAPAT RM48 JUTA!
BAGAIMANA agaknya mesej/dakwah
dalam Munafik 2 mahu atau cuba disampaikan selain secara berkhutbah? Antara
masalah utama filem Melayu Malaysia sekian lama ialah menyampaikan pesanan
menerusi dialog panjang lebar atau paparan ayat berjela-jela pada visual.
Krisis tersebut tidak mengira sama ada pengarah atau penulis lakon layar lama, baharu,
dan penerima anugerah besar perfileman.
Berkat doa dan semangat
gigihnya, Syamsul menebus kekecewaan dengan KL Gangster 2 (2013), lantas
meraih kejayaan besar dalam kerjayanya sebagai seorang pengarah/karyawan
apabila memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (2016)
buat kali ketiga (di samping mengungguli kategori Filem Terbaik Nasional)
menerusi filem Munafik (2016).
Syamsul turut merangkul anugerah
Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2016. Namun demikian, kejayaan
terbesarnya ialah memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Asia
Pasifik ke-57 2017.
Munafik 2 telah berada di pawagam
mulai 30 Ogos lalu. Ia mengisahkan perjuangan Ustaz Adam (lakonan Syamsul
sendiri) yang menghadapi kumpulan ajaran sesat pimpinan Abu Jar (Nasir Bilal
Khan), dan cuba menyelamatkan Sakinah (Maya Karin), ibu tunggal kepada seorang
anak perempuan, Aina (Nur Zara Sofia) daripada kejahatan lelaki tersebut.
Sebenarnya, Sakinah ialah
bekas isteri Abu Jar. Dia menuntut cerai kerana Abu Jar telah menyeleweng, dan mengembangkan
ajaran sesat dengan kelebihan penggunaan sihir – merasuk para penentangnya
sehingga sakit dan mati, termasuk Imam Malik (Roslan Salleh), ayah Sakinah.
Meskipun setelah Imam Malik lama mati, Abu Jar memasukkan sihir ke dalam jasad
agamawan tersebut sebagai penghinaan, dan menakut-nakutkan penduduk kampung.
Ustaz Azhar (Asmawi Ani),
kawan baik Ustaz Adam turut ditinggalkan oleh isterinya kerana termakan hasutan
ajaran sesat Abu Jar. Asmawi atau lebih dikenali sebagai Mawi, juara Akademi
Fantasia 3 (2005) pernah berduet dengan Syamsul menerusi lagu ‘Kalah dalam
Menang’ (Munafik) dan ‘Bukan Propaganda’ (Desolasi). Muzik ditata
oleh Sky Productions Extreme Music, sementara Rahimi Mahidin mengarahkan
sinematografi.
Mawi berganding dengan
Syamsul (kali ketiga) menyanyikan lagu tema Munafik 2, ‘Kerana Dunia’ (melodi
ciptaan Syamsul, dan lirik oleh Dr Anwar Fazal, sepupu Syamsul).
Ustaz Adam yang masih dihantui
kematian Maria (Nabila Huda) dalam Munafik, berusaha menentang Abu Jar kerana
diminta oleh Ustaz Azhar membantu Sakinah, dan Imam Malik. Mungkin ada yang
bertanya Ustaz Adam mahu membela Islam atau membela Sakinah? Walau
bagaimanapun, nama Sakinah itu amat bermakna. Begitu juga dengan Adam –
simbolik Islam.
Filem ialah karya visual.
Namun demikian, bukan pula bermakna ia tiada dialog langsung. Cuma, yang perlu sentiasa
diingati ialah visualnya lebih utama. Menyampaikan mesejnya lebih menerusi
visual/bahasa filem, dan/atau dialog yang berpatutan.
Adakah Munafik 2 menampilkan
dialog yang berlebih-lebihan? Ia bercorak seram, malah dianggap lebih seram
selain penambahan unsur Islam, dan dakwah berbanding Munafik. Banyak
persoalan terjawab. Justeru, Munafik 2 yang berdurasi 121 minit dianggap
lebih daripada sekadar filem seram.
Filem seram Islamik
biasanya menampilkan agamawan, sama ada watak utama atau pembantu. Ada
agamawan, pasti ada adegan bersyarah/bercakap banyak atau dalam perkataan lain,
berkhutbah.
Berbanding Munafik,
saya dapati Munafik 2 menggunakan formula klise – protagonis menentang antagonis,
yang akhirnya protagonis menang. Lantaran itu, saya rasa lebih ‘gembira’
menonton Munafik 2. Cuma, kerana lebih cenderung pada bahasa filem, saya
agak resah semasa watak, terutamanya Ustaz Adam bercakap (berkhutbah).
Itu tetap dirasai
walaupun menurut Syamsul, dia menangis ketika melakukan suntingan kerana unsur
dakwah Munafik 2 diilhamkan daripada kisah Nabi Muhammad saw, dan negara
Islam yang ditindas. Dia mahu penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi
beberapa watak lama, dan baharu dalam filem itu.
Draf pertama skrip Munafik
2 disiapkan pada Ogos 2016. Walau bagaimanapun, Syamsul terpaksa
merombaknya kerana merasakan ia tersasar.
Ada yang berpendapat,
filem tiada mesej kerana ia bukan peti surat. Namun demikian, perkara tersirat
tetap ada sama ada disedari atau tidak/disukai ataupun sebaliknya.
Al-Quran turut menyebut
antara golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah,
dan mengharapkan habuan dunia.
Antara siratan yang dapat
saya kesan ialah dalam kata-kata Umar (Fauzi Nawawi), orang kanan Abu Jar. Umar
angkuh meminta orang kampung melihat, dan mengagumi kekuasaan/kegagahan/kemegahan
Abu Jar.
Walau bagaimanapun, itu
hanya khayalan Umar/Abu Jar sahaja kerana pada pada visual, penonton nampak markas
Abu Jar daif dan usang (Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak sebagai lokasi). Ke
mana sahaja pergi di persekitaran kampung, Abu Jar dan konco-konconya hanya berjalan
kaki walaupun kaya-raya.
Selain Batu Gajah,
penggambaran (selama 60 hari) mulai 20 Mac 2017 dijalankan di Kuala Lumpur, dan
Lembah Kelang, termasuk Lembah Kinta, Perak dan Kuantan, Pahang tamat pada 18
Mei 2017.
Itu menunjukkan Abu Jar
munafik dan berbohong. Dia bukan menggunakan ajaran sebenar Islam, tetapi sihir
sehingga para pengikut dan orang kampung nampak markasnya hebat dan agam.
Pengikut/orang kampung tidak peduli Abu Jar tiada kenderaan mewah/mahal. Abu
Jar mendakwa dia menegakkan Islam, tetapi meminum darah dan tubuhnya bercacah,
amalan yang dilarang oleh Islam, selain menghalalkan perzinaan apabila membenarkan
Umar dan konco-konconya memperkosa Sakinah beramai-ramai.
Pun begitu, saya tidak menafikan
barangkali Syamsul cuba lari daripada klise dalam filem atau drama televisyen
Melayu, iaitu watak kaya-raya serta sangat berkuasa mesti memiliki rumah besar,
dan kereta mewah. Jika benar begitu, ia satu percubaan yang baik kerana sekali
gus menunjukkan kerancuan jiwa Abu Jar.
Abu Jar serta pengikutnya
memakai jubah labuh/besar dan bercelak. Dikatakan itu mengikut sunnah Nabi
Muhammad. Hal tersebut juga merupakan masalah dalam karya sastera berunsur
Islam, iaitu watak warak mesti memakai jubah dan bercelak. Namun demikian, saya
melihat itu sebagai menyindir orang Melayu yang menjadi lebih Arab daripada
Arab jika warak (sedangkan malangnya, banyak orang Arab yang ‘jahanam’ Islam
mereka). Tidak mengikut sunnah namanya jika syariat sudah punah. Hipokrasi!
Syamsul sendiri
‘menyerang balas’ hal itu menerusi penampilan Ustaz Adam yang ringkas hanya
berkupiah dan berjubah tanpa cindai berbelit-belit sehingga mencekik leher.
Hukum karma selalu ada
dalam mana-mana karya sastera. Meskipun klise, tidak mengapa jika membawa
kebaikan. Umar mati terbakar pada penghujung cerita. Abu Jar menemui ajal dalam
keadaan yang mengerikan. Markasnya runtuh dan dia mati tertimbus dinding
batu-bata ketika asyik menyeksa Ustaz Adam. Abu Jar yang berbangga dengan
kekuasaan dan mencabar kuasa Allah, akhirnya mati ditimpa ‘kemegahannya’ yang
palsu. Dia menyangka Ustaz Adam cuba melawan sihirnya, sedangkan agamawan muda
itu berdoa, bukan bersihir.
Kebolehan Sakinah beradu
tenaga dan berjaya membunuh banyak konco Abu Jar dengan kapaknya menunjukkan
dia sanggup/berupaya mempertahankan anaknya. Itu melambatkan dia dan Aina
ditawan oleh Abu Jar, meskipun akhirnya tewas dan tertawan kerana gagal
mengatasi Umar yang lebih handal.
Umar yang gagah bergasak digunakan
oleh Abu Jar untuk kepentingan dirinya. Secara tersirat, Syamsul yang juga
penulis skrip menyelar orang yang menggunakan ilmu seni mempertahankan diri
untuk membela penjahat dan kejahatan. Umar juga tanpa belas kasihan membelasah
Ustaz Adam, dan ayah guru agama itu, Pak Rahim (Datuk Rahim Razali).
Pemaparan Ustaz Adam yang
tidak pandai bertarung mungkin untuk meraih simpati penonton. Jika dia gagah, perasaan
penonton menjadi sebaliknya. Itu juga untuk menjelaskan hanya Allah yang mampu
membantu. Ustaz Adam tidak jemu berdoa juga menunjukkan doa ialah senjata
mukmin. Jadi, umat Islam perlu sentiasa berdoa untuk memohon kebaikan, perlindungan,
dan bantuan.
Sedangkan Rasulullah saw pun
terkena sihir, apatah lagi agamawan biasa seperti Imam Malik, dan Ustaz Adam.
Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada, dan membentengi diri dengan
nilai-nilai sejati ajaran Islam. Keikhlasan dan kejujuran yang memang amat
bertentangan dengan kepura-puraan juga sangat penting.
Azman (Datuk Fizz Fairuz)
munafik kerana mengkhianati Ustaz Adam yang juga kawan baiknya. Dia mengaku
membunuh Maria dan menjadi saksi (memfitnah) Ustaz Adam memperkosa Sakinah.
Walau bagaimanapun, kebaikan
masih ada dalam dirinya ketika melihat Ustaz Adam diseksa oleh Abu Jar. Dia
sempat memohon maaf daripada rakannya itu, dan bertaubat sebelum lari
menyelamatkan diri daripada bencana Allah yang menimpa Abu Jar.
Ada yang bertanya mengapa
kata-kata/dialog semasa pertarungan protagonis (Ustaz Adam) dengan antagonis (syaitan
yang merasuk diri Imam Malik, Sakinah dan Ustaz Adam sendiri) dalam bahasa
Arab, berbeza dengan filem Indonesia yang berbahasa kebangsaan. Ingin
diingatkan bahawa antaranya ialah ayat al-Quran yang diangkat menjadi doa –
lebih afdal dan beraura dalam bahasa Arab, sebagaimana bacaan dalam solat.
Meskipun Ustaz Azhar dan
Sakinah mati, itu bukan petanda kebaikan atau pihak yang baik tewas. Mereka hanya
manusia biasa seperti kita yang tidak hidup selama-lamanya. Namun begitu, mereka
ialah lambang pejuang Islam yang mahu membela Islam – manusia mati, tetapi
Islam terus hidup sehingga hari kiamat.
Seperkara lain yang mahu
disentuh ialah watak wanita iblis (Weni Panca, pelakon Indonesia). Munafik 2
yang menelan biaya RM2.8 juta ialah filem seram Melayu Malaysia dalam bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, kenapa wanita iblis bertutur dalam loghat
Indonesia?
Usahlah itu semata-mata
kerana mahu menembusi pasaran Indonesia. Pelakon jelita Indonesia, Dian
Sastrowardoyo, yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002)
turut membintangi untuk pasaran Indonesia. Namun demikian, bagi promosi di
Indonesia, Syamsul memilih Weni.
Ustaz Adam dikatakan
munafik. Dia didakwa oleh penduduk kampung dan wanita iblis bukan membela
Islam, tetapi melindungi/menyelamatkan dirinya. Bukankah jika seseorang umat
itu membela/memelihara Islam, Allah akan membela/melindunginya?
Munafik 2 yang juga filem ke-10
arahan Syamsul turut ditayangkan di Indonesia, selain Singapura, dan Brunei
Darussalam. Syamsul pernah mengumumkan Munafik 2 bakal ditayangkan pada
awal tahun. Apabila terlewat, banyak yang mula bertanya, terutamanya peminat di
Indonesia. Munafik 2 menemui peminat di Indonesia seminggu selepas
tayangan di Malaysia. Cuma, tayangan di Singapura dan Brunei Darussalam sahaja
serentak.
Lantaran Munafik
menjadi filem Melayu terlaris di dua negara berkenaan, lebih banyak pawagam
dibuka untuk Munafik 2. Di negara kita ada 130 pawagam.
Munafik 2 menarik minat Thailand,
Vietnam dan Kemboja. Indonesia mahukan Munafik 2 selepas melihat
kejayaan Munafik di negara itu pada 2016. Untuk pasaran Indonesia, Munafik
2 ditayangkan di lebih 100 pawagam mulai penghujung September.
Menurut Syamsul, tiga
negara itu bersetuju menerima Munafik 2 selepas menonton treler rasmi
yang sudah dimuat naik ke laman Youtube, dan Facebook. Katanya,
mereka pada awalnya mahu melihat poster dan jalan cerita filem bergenre seram
Islam itu sebelum
No comments: