SASTERA BUDAYA
UPIN & IPIN: KERIS
SIAMANG TUNGGAL
Pada 2009, Les’ Copaque
Production telah mencipta satu fenomena apabila filem animasi tiga dimensi (3D)
pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. Selepas
sedekad, syarikat animasi nombor satu Malaysia ini akan memasarkan filem 3D
animasi keduanya, Upin & Ipin: Keris
Siamang Tunggal. Filem arahan Ahmad
Razuri Roseli, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Adam Amiruddin yang
dihasilkan dalam masa lima tahun, serta menelan kos biaya RM20 juta ini akan
ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 21 Mac 2019.
Kos penerbitan tersebut
menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan. Oleh itu, diharapkan ia akan
melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi, setanding
dengan karya-karya antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti
sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga kerana
siri Upin & Ipin sendiri diminati
kanak-kanak, ibu bapa sehingga datuk dan nenek.
Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan pengembaraan
Upin dan Ipin bersama-sama kawa-kawan mereka ke sebuah kerajaan dongeng,
Inderaloka. Mereka akan bertemu dengan pelbagai watak dongeng popular seperti
Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang.
Penonton boleh menghimbau
kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak, dan melihat cerita dongeng
Nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai
tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebilah keris Melayu yang
benar-benar wujud, dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.
Lebih menarik, filem ini
menampilkan dua lagu runut bunyi asal yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan
Fakrul Razi. Tunggu pelancarannya di saluran YouTube Les’ Copaque Production
tidak lama lagi.
Upin
& Ipin: Keris Siamang Tunggal ditaja oleh Citrex Gummy
dari Millenium Pharmacon International (MPH), edaran GSC Movies, Astro sebagai
rakan media, serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC), dan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Ia akan ditayangkan di pawagam
seluruh negara mulai 21 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi:
No comments: