SASTERA BUDAYA
FILEM YANG MENENTANG BULI,
DISKRIMINASI PELAJAR
INI filem adaptasi daripada filem Korea, ‘Whispering
Corridors’ (1998). Latar masa ceritanya ialah pada 2000 dan 2001. Namun begitu,
masalah buli di sekolah memang ada sebelum 1998, 2000, dan 2001, malah sehingga
kini (sekolah
berasrama atau biasa).
Diterima dalam ‘Abdi Bangsa’ sekolah menengah atas
(SMA) eksekutif merupakan
satu keistimewaan bagi kebanyakan pelajar. Walau
bagaimanapun, tidak bagi Alex
(Angga Yunanda). Pelajar senior ‘Abdi Bangsa’ SMA itu
menderitai keganasan fizikal, dan mental akibat dibuli setiap hari.
Tanpa mengira corak, semua filem perlu ada mesej.
‘Death Whisper’ bercorak seram, tetapi mesej tersiratnya ialah jangan menjadi pembuli,
dan membiarkan kes buli di sekolah, malah di mana-mana pun. Kalau dalam
kehidupan sebenar kesan buruk tetap menimpa si pelakunya, dalam filem ini,
balasan buruk untuk perbuatan tersebut ialah maut.
Mengikut logik/kebiasaan, mangsa buli yang menderita.
Walau bagaimanapun, dalam filem berdurasi 91 minit ini, si pembuli menemui
ajal.
Cerita bercorak seram tidak dapat lari daripada
kelaziman watak yang telah mati,
dan rohnya bangun membalas dendam. Rupa-rupanya,
Maggie (Amanda Rawles)
yang menuntut bela. Dia atau nama sebenarnya, Cindy
telah mati akibat dibuli teruk
oleh tiga pelajar perempuan SMA itu. Sudahlah
menjadi mangsa buli, dia ditohmah membuli pelajar, dan digelar Cindy Si Kejam. Rohnya
membalas dendam membunuh pelajar bertiga tersebut.
Roh Maggie/Cindy kembali, dan sudah tentu tidak
dilihat oleh orang lain. Hanya
Alex yang dapat melihatnya. Saya fikir itu kerana
Maggie/Cindy mahu berkawan dengan Alex, lantaran tidak suka/tidak mahu pelajar tersebut
dibuli oleh Andre (Aarya Vasco), Erica (Naomi Paulinda), dan Fahri (Teuku
Rizki). Alex dipaksa oleh tiga pelajar senior SMA itu melakukan ritual maut kerana
ayahnya (telah meninggal dunia) pengamal paranormal terkenal.
Selain buli, filem ini juga secara tersirat
memprotes diskriminasi pelajar di SMA itu.
Pelajar baharu atau tahun satu dipanggil ‘Hamba’.
Pelajar tahun dua pula ‘Raja’,
sementara pelajar tahun tiga, ‘Tuhan’. Pelajar
‘Hamba’ dilarang menggunakan tandas, kantin, dan perpustakaan sekolah. Jika berselisih
atau bercakap dengan pelajar senior, pelajar ‘Hamba’ perlu tunduk hormat, dan
tidak menatap wajah.
Alex ialah pelajar ‘Hamba’. Maggie/Cindy yang turut
menghidap lelah juga pelajar ‘Hamba’. Dia mati akibat pembulian dalam ‘pengkastaan’
yang menjadi tradisi, dan dibiarkan oleh pentadbir SMA itu.
Kelihatan seperti mendadak dan dibiasai dengan
kesudahan gembira, kemunculan
Alex dan dendam Maggie/Cindy itu telah mengubah
keadaan. Janji Alex kepada
Maggie/Cindy, selain menyelamatkan nyawa Andre, juga
telah menghapuskan
tradisi diskriminasi pelajar SMA itu. Selepas
membunuh Fahri (terjun bangunan
SMA) dan Erica (terjun kolam renang SMA), hasrat
Maggie/Cindy ‘menghukum
Andre dengan kipas siling perpustakaan SMA disekat
oleh pujukan/rayuan Alex.
Setelah Alex di tahun dua, tradisi mengarut yang menyebabkan
SMA digelar ‘sekolah menengah neraka’ olehnya itu berakhir. Semua pelajar sama
taraf. Tiada lagi larangan penggunaan tandas, perpustakaan, dan kantin untuk
pelajar tahun satu. Tiada lagi kisah Cindy Si Kejam.
No comments: