SASTERA BUDAYA
BELENGGU NAGA DILEPASKAN
PENONTON yang kecewa (jika ada) harus
memaafkan filem ini kalau terasa bodoh,
atau
dibodoh-bodohkan. Walau bagaimanapun, penonton yang memilih untuk
menontonnya
kerana memang meminati tidak wajar hampa.
Jangan
(terlalu) mempertikai watak-watak, dan adegan-adegannya. Usah
memikirkan logik
jika sedar ia filem bercorak khayalan. Apa sahaja boleh dipaparkan
dalam filem
sedemikian, baik menarik mahupun hodoh.
Pun begitu,
saya sentiasa percaya semua filem tanpa mengira genre, ada tujuan dan pesanannya.
Cuma kerap berlaku penonton terlupa/tercicir kerana penampilan visual yang menarik,
dan menghiburkan.
Filem ini
dipromosi dengan tagline, ‘Jackie Chan
vs Arnold Schwarzenegger’.
Tentulah
peminat kedua-dua ikon filem ini akan teruja, tambahan pula ada
perkataan ‘vs’
yang menunjukkan pertentangan. Siapa baik siapa jahat antara
mereka
sangat ingin diketahui. Chan sebagai Mahaguru, dan Schwarzenegger pula
James Hook,
ketua penjara yang memenjarakan Mahaguru. Seingat saya, Chan dan
Schwarzenegger
tidak pernah memegang watak jahat.
Tidak salah
Chan dan Schwarzenegger dijadikan ‘umpan’. Cuma, tidak semua
umpan itu
menarik, dan berjaya mengumpan.
Seperti
tidak sah filem berlatar belakang zaman silam dari China jika tiada naga.
Makhluk mitos/legenda
itu ditampilkan sebagai protagonis dalam filem ini. Ada pula ‘tera’ (seperti
tangkal/azimat) yang menjadi rebutan untuk berkuasa.
Namun demikian,
naga tidak kuat kerana ‘tera’, tetapi disebabkan oleh kasih sayang -
sebagaimana kata Mahaguru pada penghujung cerita. Kasih sayang itu suci
daripada puteri, Cheng Lan (Yao Xing Tong), anak Mahaguru sendiri terhadap rakyatnya
yang ditindas oleh puteri gila kuasa.
‘Tera’ itu
hanya alat yang tidak bernyawa/benda mati (yang tidak sentiasa berguna),
sedangkan kasih
sayang ialah perasaan yang baik (jika tidak berlebih-lebihan).
Justeru,
semasa adegan pertarungan antara Cheng Lan dengan puteri gila kuasa,
‘tera’ itu
sentiasa beralih tangan (di udara). Naga yang terpasung itu juga bebas hasil
jurus jarak jauh oleh Mahaguru di dalam penjara.
Chan dan
Schwarzenegger antara penerbit bersama filem ini. Watak Mahaguru dan Hook
setaraf. Meskipun Hook ketua penjara, dan Mahaguru banduan, tetapi mereka bukan
antagonis.
Dalam banyak
filem terdahulu, watak ketua penjara itu antagonis. Wira yang terpenjara pula
protagonis. Walau bagaimanapun, Hook menjalankan tugasnya,
sementara
Mahaguru terpenjara kerana menentang British.
Pertarungan
antara Chan dengan Schwarzenegger memang amat diharap, dan
ditunggu-tunggu.
Mereka bertarung di dalam penjara. Namun demikian, agak kurang
klasik –
tidak lama – barangkali kerana faktor usia. Ditambah pula Chan masih
mengekalkan
kelucuan yang menjadi ‘trademark’nya
ketika beradu tenaga.
Itu pun saya
merasakan Jonathan Green hampir tenggelam, sedangkan dia watak
utama.
Sementelah pelakonnya, Jason Flemyng kurang dikenali.
Penguasa
yang zalim bersama-sama ‘kaki pukul’nya, dan orang kanan yang ‘tidak
seberapa',
tetapi berlagak handal antara yang klise dalam filem ini. Cuma, yang menyuntik
sedikit kelainan ialah rakyat terpedaya/tertipu dengan kesaktian para ‘kaki
pukul’ itu. Mereka menyangkakan ilmu sihir. Namun demikian, Green yang ada
ilmu sains
mengetahuinya, dan membongkar. Dia membantu rakyat memberontak
dan
menewaskan semua ‘kaki pukul’ itu.
Filem yang
menelan kos $49.1 juta ini lewat ditayangkan di Malaysia kerana menjalani
beberapa proses tapisan, dan peraturan di China. Ramai yang tertarik dan
tertunggu-tunggu
tayangannya kerana ia menampilkan gandingan Chan dan Schwarzenegger buat pertama
kali.
Filem ini
memulakan tayangannya di Rusia dan China pada 16 Ogos 2019 oleh Universal
Pictures setelah selesai menjalani beberapa tapisan di China dan peraturan
(pada mulanya ditangguhkan ke 19 September 2019). Di Filipina, ia
ditayangkan mulai
20 September 2019 sebagai The Dragon Seal
oleh Pioneer Films.
Pada 5 April
2015 berlangsung sidang media di Moscow yang dihadiri penerbit
Alexey
Petrukhin dan Sergei Selyanov (seorang lagi penerbit ialah Gleb Fetisov),
serta
pelakon Jason Flemyng, Rutger Hauer, dan Anna Churina. Sidang media itu
memberitahu
bahawa sekuel berjudul Viy 2: Journey to
China, dimulakan. Pasukan
Lagak Ngeri
Jackie Chan membantu koreografi adegan pertarungan.
Dalam usaha
menarik pasaran antarabangsa, bintang filem ternama dunia turut ditampilkan seperti
Chan. Pada November 2016, Chan diumumkan akan mendampingi Schwarzenegger.
Filem ini atau
dalam judul lainnya, Journey to China:
The Mystery of Iron Mask, dan The
Mystery of Dragon Seal: The Journey to China, merupakan filem pengembaraan
fantasi Rusia-China - gabungan Russian Film Group dan China Film Group
Corporation (CFGC), sekuel bagi Viy (2014)
yang ‘pecah panggung’, berdasarkan cerita Viy,
karya Nikolai Gogol.
The Mystery of the Dragon Seal ini turut dibintangi Rutger Hauer (dalam
salah
sebuah filem
terakhirnya sebelum meninggal dunia) sebagai Duta, dan Charles Dance (melakonkan
semula wataknya, Lord Dudley/dalam filem pertama).
Berlatarbelakangkan
abad ke-18, filem ini membawa kisah Green, pelukis peta yang mengambil alih
perjalanan tahayul dan saintifik dari England ke China.
Aleksandra
Maghakyan menata muzik, dan Ivan Gudkov sebagai pengarah filem ini,
yang
digambarkan dalam 3D dengan dua ARRI Alexa M menjadi STEREOTEC MID
Size Rig, dua
ARRI Alexa Mini menjadi STEREOTEC Light Weight Rig, dan CODEX
Action Cam
3D kepada STEREOTEC Nano Rig.
No comments: