SASTERA BUDAYA

 

PERSIDANGAN INDUSTRI KREATIF KEBANGSAAN 2021 DI PWTC

 

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003 merupakan NGO yang bertujuan menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku, serta mengembangkan budaya membaca dan menulis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia, menurut satu kajian, termasuk dalam kategori masyarakat yang kurang membaca. Ini fakta yang langsung tidak disenangi.

Kajian UNESCO mendapati cuma lebih kurang 46 peratus sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca, iaitu golongan pelajar, dan ahli profesional.

Menyedari hakikat ini, YPBN memainkan peranannya membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai wawasan negara.

Malaysia juga perlu meningkatkan penerbitan buku yang bermutu tinggi untuk pasaran antarabangsa dalam pelbagai bahasa. tu, YPBN bersedia menyokong penulis berbakat, dan penerbit baharu.

Justeru, YPBN terpanggil bersama-sama dengan agensi kerajaan, universiti awam, universiti swasta dan penerbit swasta memajukan industri buku dan industri kreatif negara melalui pelaksanaan pelbagai program bersasar untuk membina masyarakat celik ilmu, dan berpengetahuan tinggi.

NGO dan agensi kerajaan memang perlu berganding bahu membantu rakyat memajukan sektor knowledge-based economy atau ‘kekonomi’ dengan penglibatan dalam sektor industri penerbitan, dan industri kreatif (penyiaran).

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersempena dengan Rangka Tindakan Ekonomi Malaysia 2020-2030, Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021, Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020-2021 akan diadakan pada 30 dan 31 Mac nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Ia program khas yang bertujuan mencari satu formula bagi membantu pemain industri kreatif mendapat peluang yang saksama. Justeru, 45 NGO industri kreatif akan turut bergabung tenaga bagi membentangkan 25 kertas kerja dasar secara bersemuka, dan secara atas talian (offline/online).

Pada 11 Mac lalu telah berlangsung sidang media  Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021, Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020-2021 di Tanjung Lounge, Riverside Restaurant, PWTC.

Antara yang turut menghadiri sidang media tersebut ialah Pengerusi Persidangan Industri Kreatif kebangsaan, Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020-2021, Hassan Hamzah; Pengerusi Panel Juri Anugerah Buku Negara 2020-2021, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Presiden Persatuan Sutradara Filem Malaysia, Dato’ Dr Ahmad Ibrahim; serta Pengarah AirAsia Berhad, Dato’ Abdul Aziz Bakar, Pesiden Persatuan Pekerja Profesional Malaysia, Kapten Khir Mohd Noor, dan wakil NGO, Jeneral Baha.

No comments:

Powered by Blogger.