MUZIK
SUAV RAJA DI SINI
CANGGIH dan lembut. Demikianlah SUAV yang dianggotai tiga anak muda, iaitu Adam Imanullah Izzuddin (vokal, gitar, rap), Muhammad Akif Taqiuzaman Norzam, (vokal, gitar dan piano), serta Mohamad Ariff Mohamad Salleh Aludin (bass) mendefinisikan kugiran mereka.
Membawa falsafah muzik bercampur pop, hip-hop, elektronik dan rock, SUAV muncul dengan lagu tunggal perdana berjudul Raja di Sini.
Raja di Sini mengisahkan seseorang yang bertahan, dan mampu berada pada kedudukan sekarang selepas menempuhi badai, serta sepak terajang kehidupan.
Dirakamkan
di Rumie Music Lab (RML), Raja di Sini
mendapat sentuhan barisan karyawan dan legenda, termasuk komposer dan penerbit
terkenal, Aidit Alfian (penerbit), Alfa Booty (penolong penerbit), Rumie Booty
(jururakam bunyi dan juruadun), dan Retno Junaidi (pengendali studio).
“Demo
lagu ini telah dirakamkan beberapa tahun lalu, dan ia ada susunan muzik yang
sangat berbeza dari segi vibe dan
lirik. Lagu ini dipilih menjadi lagu tunggal perdana kami dengan nafas baharu,
dan susunan muzik yang agak berbeza daripada pop rock band di Malaysia,” jelas SUAV.
Raja di Sini telah dirakamkan dalam
masa kurang daripada sebulan, dan turut dihasilkan dalam bentuk video muzik.
“Lagu
ini terhasil apabila Aidit dilamar oleh sebuah projek indie yang meminta OST filem Gantung
The Movie yang akan disiarkan menerusi strim antarabangsa,” kata Adam.
Gantung The Movie berasal daripada novel Gantung 1 dan Gantung 2, karya Nadia Khan, yang diadaptasi menjadi siri
televisyen Gantung The Series di
ASTRO, dan sebuah lagi TV strimIndonesia, dengan barisan pelakon yang begitu
mantap seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, Randy Pangalila, Brandon Salim,
Mentari De Marelle dan Gita Sucia.
“Namun
begitu, penggambaran ter‘gantung’ kerana perintah kawalan pergerakan selama dua tahun, dan kesibukan jadual para
pelakon,” tambahnya.
SUAV
amat berpuas hati dengan hasil yang diperoleh selepas melalui proses rakaman
lagu Raja di Sini.
“Kami
ingin mengucapkan terima kasih kepada abang Aidit kerana membimbing, dan juga
pengarah muzik video, Nabil Imran dari Mahakarya Studios. Kami berharap pendengar-pendengar
dapat menghayati ‘pengalaman’ sebenar dalam lagu ini melalui video muziknya
selain berharap ia menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda,” kata Akif
pula.
SUAV
juga bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana menaja video muzik mereka, dan kepada
Cendana kerana menjayakan penerbitan rakaman Raja di Sini.
Sementara
itu, Aidit mengaku tidak sukar menjalinkan kerjasama dengan SUAV yang
disifatkan sebagai sangat berpotensi.
“Tiga
anak muda yang masing-masing berusia 24 tahun bukan sahaja berbakat dalam
bidang instrumen, tetapi mampu menulis lagu, dan menjadi komposer yang baik,”
kata Aidit.
“Selain
memberi kerjasama, mereka juga sangat mudah diajar. Potensi ataupun bakat SUAV selain
bermain gitar dan menyanyi ialah dalam penulisan lagu dan lirik. Kekuatan
mereka apabila bekerja bersama-sama, iaitu bagus tanpa ‘bintang’ dalam sebuah kumpulan,”
tambahnya.
Sebagai
komposer dan penulis lagu, Aidit amat menggalakkan SUAV agar terus berkarya dan
menulis lagu kerana mereka memang ada bakat semula jadi dan kesungguhan untuk
terus maju.
Kini
SUAV telah bersedia menempuh ‘badai’ dunia muzik sebenar, selepas ditubuhkan
pada 2015.
“Kami
mahu mencipta lagu-lagu yang mampu menyentuh setiap kerumitan perasaan
seseorang itu seperti yang kami rasai,” kata Ariff pula.
Selain
Raja di Sini, SUAV telah merancang untuk
meluncurkan lagu tunggal kedua mereka, Sunflower
dalam masa terdekat. Sunflower turut
mendapat sentuhan Alfa Booty.
Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai SUAV, ‘sapa’ mereka di platform media sosial
ini: www.instagram.com/suavofficial,
dan www.tiktok.com/suavofficial_.
Pautan
YouTube mereka pula ialah https://www.youtube.com/c/SUAVOfficial/featured.
Muzik
video kumpulan SUAV turut dilancarkan di laman YouTube pada 25 Ogos 2022, jam 9 malam. Raja di Sini dapat ditonton di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=LkW82_pCyY0.
MAKLUMAT
PEMBIKINAN LAGU RAJA DI SINI - SUAV
Label: Aidit Alfian Records.
Komposer: Akif Taqiuzaman (Indah Karya
Publishing (M) Sdn Bhd).
Penulis lirik: Adam Imanullah, Akif
Taqiuzaman, Arrif Salleh (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd).
Penyusun: Adam Imanullah, Akif
Taqiuzaman, Arrif Salleh, Alfa Booty dan Aidit Alfian.
Juruadun dan Jurutera Bunyi: Rumie
Booty.
Operator Studio: Retno Junaidi.
Rakaman: RML
Penolong Penerbit: Alfa Booty.
Penerbit: Aidit Alfian.
Pengurus Projek: Nur Fareisha
No comments: