Pertandingan Mereka Corak Batik Piala Seri Endon 2022
MENYAMBUNG TUNDAAN DUA TAHUN
NOSTALGIA Indah, rekaan Mohd Nazil Arsan berjaya menggondol tempat pertama pada peringkat akhir Pertandingan Mereka Corak Batik Piala Seri Endon 2022 kategori Fesyen di Dewan Besar, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 4 September 2022 lalu.
Ciptaan tersebut menewaskan Seni Pusaka, karya Syahrul Amirul Samsuri yang meraih tempat kedua, dan Movimento ciptaan Mazlan & Yazie (Mazlan Mustapha/Muhammad Yazie Aiman Mohd Yatim) di tempat ketiga.
Lima rekaan lain yang menerima hadiah sagu hati ialah Ukir Jendela daripada Mohd Faizul Noorizan, Tragedy 1950 karya Hafiz Hassan X Andro (Hazizul Abd Aziz, Nik Hafizuddin Hassan, Mohd Helmi Mazlan Mohd Hamdan), Lembaran Cinta oleh Mohd Hafiz Drahman; The Last Rafflesia ciptaan Fazosinnworld (Nik Faizol Nik Sin @ Nik Lah), dan Bold Glam ciptaan Zimie & A.V. (Mohd Nazmie Mat Nasir).
The Grandeur oleh The Secret Ruby (Noor Haneshah Ismail, Zuzana Yusoff @ Daud, Maizatul Azura Idris, Nur Athirah Mohamad Suhaimi), Tribute To All Frontliner: Ugly-Pretty Batik, rekaan Lucas.Zareena.Haniza (LZH) (Lim Boon Leng, Zareena Tajul Muhammad Majidi, Haniza Johari), The Impressionist Garden karya Anuar Ridzuan (Anuar Ridzuan Arshad), dan Nostalgia daripada Fariznur (Muhammad Fariznur Ab Manaf) pula empat rekaan yang hanya melengkapkan penyertaan peringkat akhir.
Nostalgia Indah, rekaan Mohd Nazil Arsan menggondol tempat pertama pada peringkat akhir kategori Fesyen.
Peringkat akhir Pertandingan Mereka Corak Batik Piala Seri Endon 2022 kategori Fesyen di Dewan Besar, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 4 September 2022 lalu.
Pemenang tempat pertama kategori Perabot Lembut pula ialah Klasik oleh Jah Ai Sungai Rual (Tengku Fauzan Tengku Anuar, Nawwal Abdul Kadir, Fauziah Mohd Yusof, Norhakiki Mohd Zaudi).
Melankolis karya Wariseni (Syahrul Amirul Samsuri, Mohd Hanif Asri) memenangi tempat kedua, dan Gunungan Candrasengkala ciptaan Kesuma (Shuhairul Hafizie Shuib, Siti Fatimah Zaharah Halim) di tempat ketiga.
Hikayti Maak, rekaan Eemiee (Mohammad Nazri Mat Nasir, Mohd Nazmie Mat Nasir), Serenity oleh Stanley Wan, Harmony daripada Warna (Fadilah Yurani, Badrul Hisham Shaharin, Aziq Fadzly Amir, Zulfah Uthailah Jane Zulkifli), Helaian Kayangan ciptaan Sal X Wang (Mosalihah Mohamod, Wan Nor Azah Wan Khairul Asri), dan Refleksi karya Got2Go (Nur Athmar Hashim, Lidyawati Husniza Mohd Zahari, Nurulfarhana Mohd Sabri, Norhapiza Md Noor) memperoleh hadiah sagu hati.
Dendangan lagu Greatest Love of All, Jelingan Manja, dan Legenda oleh penyanyi veteran Noryn Aziz.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kedua kategori Fesyen,
Nostalgia Indah karya Mohd Nazil Arsan.
Sementara itu, Journey karya Shukri.Aliff.Ehfan (Mohamad Shukri Che Ya, Mohd Ehfan Ibrahim, Mohd Aliff Safuan Jamaluddin) memenangi tempat pertama kategori Kraftangan.
Mesmerizing of Nature, ciptaan Brovaries (Mohd Izswan Mohd Sidik, Badrul Hisham Shaharin, Zulhelmy Hamdan, Misbaahussalam Zakaria) mendapat tempat kedua, manakala Resilicraft/Keutuhan Kraf oleh Trifecta A (Muhammad Azhari Ismail, Mohd Hawari Saad) di tempat ketiga.
Pemenang hadiah sagu hati kategori ini ialah Ilusi Jalinan daripada Inovatik (Mohd Hafiz Drahman, Muhamad Ezran Zainal Abdullah, Jarfrulhizam Jaafar, Mohd Hilmi Harun), Kembara Sari karya Warisan Perak (Kamarulzaman Saidi, Zainudin Md Nor, Zaharah Jaafar), Seri Kenanga oleh Eka Sukma (Noor Azreen Ibrahim, Erlykartina Mohd Zulkipli), dan Dulu Kini Dan Selamanya #tepaksirih rekaan Zurra N Emiee (Zuraini Ariffin, Mohd Nazmie Mat Nasir).
Pemenang pertama, kedua dan ketiga setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000; RM10,000 dan RM5,000.
Setiap pemenang hadiah sagu hati ketiga-tiga
kategori pula mendapat hadiah wang tunai RM1,000.
Secara
keseluruhan, kategori Fesyen disertai 21
pereka, Perabot Lembut menampilkan 10 pereka, manakala kategori Kraftangan
ditandingi 14 pereka.
Tetamu kehormat acara berprestij itu
ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakil Alallah Sultan Iskandar al-Haj yang
turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut menghadiri peringkat akhir Pertandingan Mereka
Corak Batik Piala Seri Endon 2022 ialah Pengerusi
Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), Nori Abdullah Ahmad Badawi;
Pengarah Eksekutif Kumpulan, Bonia Corporation Berhad, Dato’ Sri Daniel Chiang;
dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Leela Mohd. Ali, serta Menteri Kesihatan
Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pertandingan tahunan anjuran PENYAYANG
dengan kerjasama Bonia ini
merupakan kali yang ke-17, dan diadakan semula selepas dua tahun tertunda
akibat COVID-19. Ia merupakan kelangsungan
pertandingan yang diilhami Allahyarham Tun Endon Mahmood sebagai menghargai karyawan
batik tanah air.
Peringkat
akhir Pertandingan Mereka Corak Batik Piala Seri Endon 2022 turut diserikan
dengan dendangan lagu Greatest Love of
All, Jelingan Manja, dan Legenda oleh penyanyi veteran Noryn
Aziz; serta peragaan Fan The Flame daripada
BONIA X Bernard Chandran, dan pameran.
Kesemua
peserta peringkat akhir dihakimi Dato’
Tom Abang Saufi, Edric Ong, Prof Dr Mandana Barkeshli, dan Andrew Tan dengan
Prof Dato’ Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa sebagai ketua juri.
No comments: