Imam di Pawagam Seluruh Malaysia Menjelang Ramadan 1444
Novel Imam, terbitan Utusan Publication & Distributors pada tahun 1995, membawa kisah perjuangan seorang imam, Haji Mihad yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya.
Walau bagaimanapun, pembaharuan yang ingin dibawa oleh Haji Mihad mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung yang beragama Islam, serta kaum keluarganya sendiri.
Haji Mihad berasal daripada keturunan yang berpengaruh, dan mendapat pendidikan sempurna dalam bidang agama. Beliau kembali ke kampungnya selepas 10 tahun menghilangkan diri dengan menyertai angkatan tentera di Sarawak.
Oleh kerana diawasi pihak tentera di sana, Haji Mihad akhirnya menetap di Indonesia dan menuntut ilmu agama. Walau bagaimanapun, kepulangannya ke kampung dan dilantik menjadi imam menimbulkan iri hati beberapa orang.
Kesedaran dan keprihatinan Haji Mihad terhadap kemunduran masyarakat kampungnya dalam pelbagai aspek seperti pemikiran dan ilmu, menjadi faktor beliau mahu membawa pembaharuan walaupun amat dipersoal oleh pelbagai pihak, termasuk majlis agama.
Mior Hashim Manap telah merancang kemunculan Imam sejak 2013 lagi.
Dato’ M Nasir dipilih memegang watak Imam Mihad oleh Mior Hashim Manap kerana raut wajah yang sesuai, dan tahap ilmu agama Islam yang dimilikinya.
Antara makmum yang menunggu kemunculan Imam Mihad bermula 2 Mac 2023 nanti.
Haji Syamsuri (depan, berdiri tiga dari kiri), lakonan Faizal Hussein begitu sakit hati dengan Imam Mihad.
Antara pembaharuan tersebut termasuklah pengubahsuaian suasana, dan persekitaran masjid, Masjid Muhammad Salleh yang diceriakan dengan pokok-pokok bunga, dan bangku. Gelanggang permainan turut dibina di atas tanah masjid di sekitarnya.
Pembaharuan berkenaan menjadi isu bagi penduduk kampung, dan mencetuskan kemarahan imam lama. Penduduk kampung turut marah apabila bangsa lain bebas keluar masuk masjid menghadiri kelas. Ternyata, perubahan yang dibawa oleh Haji Mihad itu sukar diterima oleh masyarakat kampung, malah beliau dianggap membawa ajaran sesat.
Setiap pembaharuan yang dibawa oleh Haji Mihad agak asing, dan mendapat perhatian majlis agama. Tuduhan serta fitnah dilemparkan kepada beliau. Majlis agama kemudian menghantar wakil untuk memantau kegiatannya di masjid tersebut.
Sesi soal jawab Haji Mihad-pegawai dari majlis agama dijalankan beberapa kali untuk memastikan ajarannya benar, dan mengikut undang-undang Islam. Justeru, sesi berkenaan telah memaparkan keintelektualan dalam bidang agama, meskipun terjadi perbalahan kecil antara mereka.
Imam bukan sekadar ketua pelaksanaan ibadah di masjid, tetapi dia juga pemimpin manusia secara umum!
Imam, arahan Mior Hashim Manap, turut dibintangi dari kiri, Noramin, Dato’ Rahim Razali, dan Vanida Imran.
Namun demikian, Debok
menyebelahi Haji Mihad, lantas mencetuskan kemarahan Haji Syamsuri, yang kemudian
menghantar orang untuk menakutkan imam tersebut.
Esoknya, gempar
apabila orang kampung menemui mayat Haji Mihad. Pihak polis mendapatkan
maklumat, serta bukti bahawa Haji Syamsuri terlibat dalam pembunuhan tersebut
walaupun tidak berniat untuk membunuh.
Haji Syamsuri dijatuhi
hukuman penjara, dan namanya terkeluar sebagai waris Muhammad Salleh
berdasarkan wasiat. Debok dipilih sebagai imam baharu Masjid Muhammad Salleh, yang
disokong oleh penduduk kampung setelah menyedari kehilangan pemimpin agama yang
ingin membawa manusia dekat dengan ibadah, iaitu menyembah Allah SWT.
Sebenarnya, amat sedikit yang saya tahu tentang
novel karya Sasterawan Negara kelapan (1996), Datuk Abdullah Hussain ini. Memang
malu untuk menyatakan saya belum membaca Imam, dan tidak menonton pementasan
teater adaptasinya.
Meskipun menggemari filem, tetapi saya tidak menyangka Imam akan
diadaptasi ke filem. Pada suatu hari saya terlihat semacam poster di media
sosial yang mencatatkan ‘Imam bakal muncul di layar perak’. Saya agak terkejut,
tetapi teruja. Walau bagaimanapun, masa pantas berlalu dan pelbagai perkara
membuatkan saya melupai Imam.
Kemudian saya terlihat sekeping gambar dalam
Facebook rakan baik, Rozan Harapan Mat Rasip yang memaparkan M Nasir berserban,
dan berjubah sedang menuruni tangga masjid. Setelah mengamat-amati dan membaca
tulisan yang tercatat, rupa-rupanya filem Imam telah bermula dengan
penggambarannya di Lenggong, Perak! Pengarahnya ialah rakan lama saya, Mior
Hashim Manap.
Rasa sedikit terkejut itu ‘berlanjutan’ beberapa hari
kemudian apabila mengetahui Nasir memegang watak Imam Mihad. Kaget kerana
penyanyi, penulis lagu dan pelakon terkenal itu yang baru sembuh daripada
COVID-19, tiba-tiba ke set penggambaran filem.
Saya memang amat terdorong menjenguk set
penggambaran sungguhpun ketika itu wabak pandemik maut tersebut masih
mengancam. Namun demikian, kerja hakiki turut menghalang hajat saya sehinggalah
penggambaran selesai.
Sebagai karya adaptasi, tentulah filem Imam tidak memaparkan semua yang
tertulis dalam novel. Saya memahami maksud adaptasi.
Mengikuti dan meminati Nasir sejak album ketiga
kumpulan Kembara pada 1983 menjadi antara faktor saya begitu teruja mahu menonton
Imam, yang kemudian ditambah dengan
kalimat Pemimpin: Sebuah Filem dan Satu
Wasiat di pawagam seluruh negara, dan pasti saya akan mempromosikannya
sebaik mungkin.
Tanpa diduga, setelah dari semasa ke semasa menghubungi
dan menemui Mior Hashim serta dengannya yang juga pemilik bersama syarikat penerbit
Imam, iaitu Alkahfi Pictures Sdn Bhd,
saya diserapkan sebagai antara tenaga promosi - menulis di media sosial - dari
sebelum tayangan perdana di beberapa tempat sehingga tayangan umumnya bermula
pada 2 Mac 2023.
No comments: