SASTERA


Bangkitkan Kesedaran Masyarakat Terhadap Sastera Kanak-Kanak, Awal Remaja

 

PADA 23 Ogos lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim merasmikan Festival Sastera Kanak-Kanak (FSK) 2023 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). FSK 2023 berlangsung selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Ogos 2023.

 

Festival kelolaan PNM ini bertujuan menyokong kerangka Kembara Perpaduan Malaysia Madani di bawah teras Ekosistem Perpaduan, iaitu Komuniti Rahmah.




Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Bercerita dan Menulis Sajak Sempena FSK 2023.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

                                              
                                              Ketua Pengarah PNM, Puan Salasiah Abdul Wahab.

***********************************************************************************

                                           Sesi Bercerita oleh Muzni Ramly.





Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim.

***********************************************************************************


Persembahan tarian selamat datang oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Lumpur.



Memotong kek istimewa sebagai gimik perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak 2023 oleh 
Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim (kanan, Tengah) dan Puan Salasiah Abdul Wahab (kiri, tengah). 

***********************************************************************************


========================================================================

Program yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini selaras dengan usaha PNM meningkatkan amalan budaya membaca dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda menerusi kegiatan penulisan, pembacaan dan penceritaan, serta menyemarakkan dunia sastera kanak-kanak di Malaysia.

 

FSK 2023 juga dilihat dapat membina kesedaran masyarakat terhadap pembangunan kesusasteraan kanak-kanak, dan awal remaja, menyokong pembelajaran sepanjang hayat, serta menghimpunkan karyawan seperti penulis, illustrator, pencerita, dan penggiat sastera kanak-kanak dalam satu platform khas untuk memperkasa industri perbukuan kanak-kanak di Malaysia.



                                           Sesi Bicara Sastera: Masa Depan Sastera Kanak-kanak di Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Dalam ucapan beliau ketika meyempurnakan perasmian FSK 2023, Dato’ Indera Noridah menyatakan program ini amat selari dengan aspirasi KPN untuk memupuk semangat perpaduan, dan memperkasakan rakyat menerusi aktiviti didik hibur, dan pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan kanak-kanak, dan remaja.

 

Tema FSK 2023, iaitu ‘Cerita Kita, Warisan Kita’ amat bertepatan dengan inisiatifnya, Ini Warisan Kita kerana unsur pengisian aktiviti FSK turut menyuntik perkongsian cerita warisan kebangsaan yang mampu membakar semula semangat perpaduan, dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk, khususnya kanak-kanak, dan remaja,” tambah beliau.

 

Turut hadir Ketua Pengarah PNM, Puan Salasiah Abdul Wahab (turut menyampaikan ucapan alu-aluan); Timbalan Ketua Pengarah PNM, Encik Edy Irwan Zulkafli; Pengarah Perpustakaan Cawangan dan Komuniti PNM, Encik Ali Rashid; Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairudin, serta Ketua Jabatan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi.

 

Majlis perasmian FSK 2023 turut diserikan dengan persembahan tarian selamat datang dan penutup oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Lumpur, serta deklamasi puisi berjudul Merindui Buku, karya Sasterawan Negara Datuk Sri (Dr) A Samad Said oleh Adik Aryan Andika Azizuddin dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam.

 

Bacaan ikrar Rukun Negara, persembahan multimedia FSK: Sepanjang Jalan, tayangan montaj FSK 2023, serta nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang juga menghiasi majlis perasmian FSK 2023.

 

Dalam majlis tersebut turut diumumkan para pemenang pertandingan Bercerita dan Menulis Sajak Sempena FSK 2023. Noridah menyampaikan hadiah kepada pemenang (wakil pemenang mewakili pemenang yang tidak dapat hadir).

 

Lebih 3,000 pengunjung disasarkan mengunjungi FSK 2023 yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Bengkel Teknik Bercerita Interaktif, Sesi Bercerita (di Perpustakaan Kanak-Kanak), DIY Si Comel, Mewarna, Demonstrasi Dr Buku, Promosi Perkhidmatan Digital u-Pustaka, dan gerai niaga.

 

Sementara itu, Sesi Bicara Sastera: Masa Depan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia yang diadakan selepas majlis perasmian FSK 2023 dijayakan oleh Dato’ Ahmad Redza dan Prof Madya Dr Nik Rafidah sebagai ahli panel.

 

Pameran perkhidmatan daripada agensi/badan berkanun/NGO turut diadakan menerusi penyertaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Negara, Perbadanan Kota Buku, MBBY, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Yayasan Bank Rakyat, MY Digital Maker by MDEC, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan Edutool Apps Sdn Bhd.

                                 

Gerai niaga turut diadakan bagi membolehkan para pengunjung mendapatkan keperluan barangan seperti buku, pakaian, makanan dan minuman, produk kesihatan, dan kecantikan serta banyak lagi dengan tawaran harga yang berpatutan.

 

KPN berharap FSK 2023 yang dibuka secara percuma dari jam 10 pagi hingga hingga 5 petang, dapat memberi ruang dan peluang yang luas kepada para cendekiawan, karyawan, seniman, budayawan termasuk pemain industri perbukuan kanak-kanak di Malaysia agar terus berkembang, serta mampu menjadi hab kesusasteraan kanak-kanak di rantau Asia Tenggara.


                                

Deklamasi puisi berjudul Merindui Buku, karya Sasterawan Negara Datuk Sri (Dr) A Samad Said oleh Adik Aryan Andika Azizuddin dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam.


Oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

No comments:

Powered by Blogger.