FILEM
Corak Seram Tetap Pilihan Intan Ladyana
BANGLO SEKSYEN 12
KALI terakhir pelakon Intan Ladyana, 41, beraksi di pawagam ialah menerusi filem Townmall (2020), arahan Dato’ Sri Eizlan Yusof, yang turut dibintangi Reen Rahim, Adam Shahz, Erry Putra, dan Dato’ Jalaluddin Hassan.
Selepas hampir empat tahun, Intan muncul menemui peminatnya dalam Banglo Seksyen 12 pula, terbitan Prisma Pictures Sdn Bhd (Prisma Pictures) bermula 25 Januari ini.
Bukan sahaja sebagai pelakon, malah menggalas tugas mengarah filem bercorak seram tersebut bersama-sama Dharma Nasution.
Sebahagian daripada jemputan khas, dan pihak media yang hadir.
Semasa sidang media Majlis Malam Gala Banglo Seksyen 12 di GSC Lalaport, Bukit
Bintang, 23 Januari lalu, Intan memberitahu beliau menyahut cabaran pengarah veteran
Aziz M Osman yang turut terlibat dalam filem ini.
Mengenai
soalan mengapa cerita Banglo Seksyen 12
menjadi pilihan beliau yang juga Penerbit Eksekutif, Intan memberitahu corak
seram dan aksi lasak memang menjadi kegemarannya.
Intan Ladyana (kanan) dan suaminya, Harris Alif.
=======================================================================
Sebagai
catatan, antara filem seram dan aksi lasak ‘pecah panggung’ yang pernah
dibintanginya termasuklah Jangan Pandang
Belakang (2007), Jangan Pandang
Belakang Congkak (2009), Adnan Sempit
dan V3 Samseng Jalanan (2010), Bini-Biniku Gangster, dan Adnan Sempit 2 (2011), serta Adnan Sempit 3 (2013).
“Diharap
filem pertama terbitan saya bersama-sama Syed Muhamad Izzudin Syed Akil ini
dapat diterima ramai, untuk membantu penghasilan filem seterusnya,” kata Intan
yang memberitahu beliau dan Dharma memang rakan sejak terbabit dengan beberapa
filem, termasuk Jangan Pandang Belakang.
Walaupun
ditayangkan pada 2024, tetapi pembikinan Banglo
Seksyen 12 telah dimulakan pada 2020, termasuk menghadapi rintangan
prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).
=======================================================================
Adaptasi memang berbeza dengan inspirasi. Mengadaptasi daripada filem, cerpen atau sajak biasanya mengambil sebahagian besar atau kurang daripada separuh karya tersebut – menggunakan nama watak dan latar yang sama atau lain.
Diinspirasikan
pula adalah cerita, peristiwa, dan watak sesebuah karya yang mengilhamkan, atau
mencetuskan idea untuk karya baharu – biasanya nama watak dan latar yang lain.
Banglo Seksyen 12
diinspirasikan daripada novel berjudul serupa, terbitan Buku Prima, hasil karya
Hasrudi Jawawi.
=======================================================================
Hasil
inspirasi itu, katanya, kisah yang dipaparkan dalam Banglo Seksyen 12 merangkumi tiga latar masa yang berbeza, iaitu
pada 2006 (6 Jun), sekarang dan 2026.
“Saya
menampilkan tragedi kematian akibat pembunuhan pada 2006, sekarang dan apa yang
bakal berlaku pada 2026,” jelas Dharma.
Dharma Nasution menyampaikan ucapan beliau.
=======================================================================
Banglo Seksyen 12 turut dibintangi Mustaqim
Bahadon (KL Special Force/2018),
Hariz Hamdan (Jemputan ke Neraka/2023),
Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Wan Tepet, Aliff Shauqeen, Shukry
Ramlee, Din Tamam, Airil Hafiz, Windz Neo, Suhaimi Azmi, Faris Fitri, dan Naz
Aqiera.
Mustaqim,
Hariz, Faiz, Silfeny dan beberapa pelakon lain, serta Syed Muhammad Izzudin
turut menghadiri Majlis Malam Gala Banglo
Seksyen 12, yang diserikan oleh persembahan langsung kumpulan Monosterio
mendendangkan lagu tema filem, berjudul Jerangkung.
Filem
ini mengisahkan sekumpulan penerjah aktiviti paranormal yang memilih banglo Seksyen
12, Shah Alam (untuk filem ini, syuting dijalankan di kawasan lain yang
dirahsiakan) untuk merakamkan aktiviti tersebut.
Faez Malek paling menonjol kerana lakonannya membawakan watak Fahmi begitu baik.
=======================================================================
Banglo
itu digelar sebagai banglo berhantu kerana berlaku tragedi seram yang melibatkan
pembunuhan enam remaja di situ.
Majlis
Malam Gala tersebut ikut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih Prisma
Puctures, serta Metrowealth sebagai pengedar. Metrowealth diwakili Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Mejar (K) David Teo, dan isteri beliau, Jane Lim.
Mustaqim Bahadon (tengah) bersama-sama Hariz Hamdan (kanan sekali) dan seorang lagi pelakon filem Banglo Seksyen 12.
Ia
juga menghargai sokongan penuh Kementerian Komunikasi dan Digital (sekarang
Kementerian Komunikasi), melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),
atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan, bagi memastikan filem
ini berjaya menemui penonton di pawagam.
-
RAJA YUSOFF ARIFFIN
Kumpulan Monosterio menyampaikan lagu tema Banglo Seksyen 12, berjudul Jerangkung.
No comments: