Pempengaruh, Selebriti, Artis
Tanah Air, Peniaga Tempatan Jayakan Fiesta Raya @ the Curve
RAMADAN dan
Syawal bakal datang lagi!
Sambil taat menunaikan ibadat puasa fardu yang
mencabar keimanan, umat Islam, khususnya di Mutiara Damansara berpeluang mengunjungi
lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan di sepanjang bulan yang
sedang dilalui, dan Syawal berikutnya.
Antaranya ialah Fiesta Raya @ the Curve yang akan
berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024 di sepanjang bulan Ramadan 1445 Hijrah
di the Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
Ilham menganjurkan Fiesta Raya @ the Curve datang
daripada ANS Diversified Sdn Bhd (ANS Diversified), Team360, dan NiyatEnson
Empire Sdn Bhd (NiyatEnson Empire).
Semasa sidang media acara berkenaan di Hotel Royale
Chulan the Curve pada 27 Februari lalu, jurucakap ANS Diversified, Encik Ahmad
Faizal Zulkipli memberitahu, festival kali pertama ini akan menghimpunkan lebih
50 gerai barangan kelengkapan Hari Raya Eidulfitri, dan juadah makanan, selain
dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal
bersama-sama rumah-rumah kebajikan, dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang
menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minimum RM150 dari
gerai-gerai jualan Fiesta Raya.
=========================================================================
“Para pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit
Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang,” tambah beliau.
Turut hadir Tuan Dr Fitri Haris, Pengarah Urusan NiyatEnson selaku
penganjur bersama. Katanya, di sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung
akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama-sama para pempengaruh terkenal
tanah air seperti Tajul dan isteri, Hajar LK, Farah Khira.
“Akan ditampilkan juga barisan artis yang bakal
menghiburkan, dan memberi pengisian jiwa seperti kumpulan nasyid UNIC, serta Nizam
Laksamana, Rabithah, dan Ikhwan Fatanna,” jelas Dr Fitri.
Tuan Dr Fitri Haris.
=========================================================================
Farah yang juga pengasas Khira Official; wakil Starvillion, Puan Wan Nurul Jannah; Tajul yang juga penyanyi dan isterinya;
Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Encik Ayob Abdul
Majid; Ketua Community Outreach The Noor, Encik Mohd Farhan Aizwan; dan Pengurus Pusat the Curve, Cik Elaine Liew turut menghadiri
sidang media berkenaan.
Daripada 50 gerai, 35 menawarkan barangan kelengkapan
Syawal, dan 15 lagi pula makanan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa di
sepanjang tempoh festival 29 hari itu.
Difahamkan bahawa pihak penganjur juga mahu menjadikan
Fiesta Raya @ the Curve sebagai acara tahunan di pusat beli-belah the Curve.
Untuk yang pertama ini, ia menyasarkan lebih 500,000 pengunjung.
Gimik perasmian Fiesta Raya @ the Curve oleh Encik Ahmad Faizal Zulkipli (memegang pen).
=========================================================================
Mengenai imbuhan kepada artis yang terlibat membuat
persembahan, Ahmad Faizal memberitahu, artis berkenaan turut berniaga di
sepanjang festival. Justeru, secara tidak langsung mereka memperoleh pendapatan.
“Walau bagaimanapun, pembayaran untuk artis
berkenaan terpulang kepada penaja yang memilih mereka,” tambah beliau yang
berharap ramai lagi pihak akan tampil menjadi penaja Fiesta @ the Curve.
Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale
Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan
Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu
kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga
para penduduk di kawasan Mutiara Damansara.
=========================================================================
Bertemakan ‘Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!’,
Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah antara lokasi yang perlu
dikunjungi di sepanjang Ramadan bersama-sama keluarga menikmati pengalaman
berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian
kelengkapan persiapan Hari Raya Eidulfitri, menjelang Syawal nanti.
*untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 012 4056349
(Puan Eli) atau 012 3055861 (Puan Amira).
-
RAJA
YUSOFF ARIFFIN
No comments: