Anugerah Industri Pelancongan Galakan untuk Pemain Industri Pelancongan Negara
Dari kiri; Dr Jason Hee, Kapten (B) Mahadzir Tan Sri Mansor, Dato’ Hajah Emmy Suraya Hussein, Mohd Amirul Rizal, Dato’ Noorzaleha Baharuddin, Aaron Tan, dan Datuk Azlie Halim.
LEBIH daripada 60 anugerah akan diberikan kepada para pemain industri pelancongan Malaysia menerusi Anugerah Industri Pelancongan (TIA) atas sokongan, dan kecemerlangan mereka dalam pembangunan industri pelancongan tanah air.
Julung
kali diadakan, TIA akan berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 26
Julai 2024. Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir,
dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Menurut
Pengerusi Penganjur TIA 2024, YBhg Dato’ Hajah Emmy Suraya Hussein, acara
berskala besar ini bertujuan mengenal pasti, dan menghargai para pemain
industri pelancongan atas kehebatan, serta inovasi perkhidmatan dan produk
mereka.
“Ia
juga bertindak sebagai pendorong kepada para peserta untuk berusaha mencapai
tahap tertinggi dalam profesionalisme dan kualiti bagi kedua-dua perkhidmatan
dan produk,” tambah beliau.
Dato’
Emmy Suraya menyatakan sedemikian semasa sidang media TIA 2024 di Bilik
Tamingsari 1, Tingkat Bawah, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 28 Februari
lalu.
Kata
beliau lagi, TIA yang dianjurkan oleh Malaysia Truly Asia, MITDA, dan Santai
Travel Magazine merupakan penghormatan dan sanjungan tertinggi, kepada individu
dan pertubuhan yang menyumbang, dan berperanan besar dalam kejayaan industri
pelancongan tanah air.
Justeru,
tidak timbul soal lewat atau cepat anugerah ini diadakan kerana kepentingan,
serta tujuan yang disebutkan. Di negara kita telah banyak anugerah dalam
pelbagai bidang, tetapi belum ada dalam bidang pelancongan.
“Dengan
ini saya ingin menjemput anda semua membuat pencalonan bagi individu dan
pertubuhan yang layak dalam kategori masing-masing menyertai TIA 2024. Saya
akan menunggu maklum balas positif daripada orang ramai, untuk mengetahui dan
mengenal pasti mereka yang bekerja keras mengangkat tahap pelancongan negara
kita,” tambahnya.
Datuk Azlie Halim (berdiri) turut menjawab beberapa soalan dan memberikan maklumat semasa sesi sidang media Anugerah Industri Pelancongan 2024.
Turut
hadir, wakil Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, YBrs Encik Mohd Amirul Rizal;
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), YBrs Tuan
Kapten (B) Mahadzir Tan Sri Mansor; Setiausaha MITDA, YBhg Dato’ Noorzaleha
Baharuddin; Presiden Persatuan Pertunjukan Fesyen Malaysia, YBrs Tuan Dr Jason
Hee; Pengarah Kumpulan Jualan & Pemasaran Royale Chulan Kuala Lumpur, YBrs Encik
Aaron Tan; dan pengasas Santai Travel Magazine, YBhg Datuk Azlie Halim.
Emmy,
Kapten (B) Mahadzir, Dr Jason dan Aaron menyatakan keterujaan masing-masing
dengan penganjuran TIA 2024. Mereka berharap anugerah ini akan mendapat
sambutan hangat, dan mencapai matlamatnya.
Mahadzir
dalam ucapan ringkas beliau menyatakan industri pelancongan memang membawa
keuntungan besar kepada mana-mana negara kerana ia berjalan dalam bentuk ‘bayar
terus’, sama ada tunai atau kad kredit.
“Tiada
hutang atau bertangguh bayaran dalam semua urusan di hotel, rumah inap desa,
pengangkutan dan sebagainya,” jelas beliau.
Mengenai
jumlah anugerah yang banyak, Emmy memberitahu itu disebabkan jumlah hotel yang
banyak di negara kita, yang mempunyai 14 negeri.
Walau
bagaimanapun, bagi Jason, jumlah anugerah sepatutnya lebih banyak kerana 60 itu
sudah menjadi perkara biasa.
Aaron
pula berpendapat TIA memang amat baik dan boleh kuat mendorong para pemain
berusaha dengan sebaik mungkin.
“Ini
kerana bagi hotel misalnya, soal sebesar-besar hingga sekecil-kecil akan
diambil kira dalam pemarkahan untuk anugerah. Itu dengan sendirinya menggalakan
kebaikan, dan kecemerlangan,” kata beliau.
-
RAJA YUSOFF
ARIFFIN
No comments: