PELANCONGAN

 

Taman Safari Indonesia Sedia Dikunjungi Warga Malaysia

 

SEJAK dibuka pada April 1986, Taman Safari Indonesia (TSI) atau Taman Safari Bogor di Cisarua, Bogor, Jawa Timur kini memiliki lebih 10,000 ekor haiwan liar daripada 400 spesies, dan telah dilawati lebih lima juta orang pengunjung saban tahun.

 

Dengan peranannya menjaga, memulihara dan membiarkan ribuan haiwan liar kembali menikmati kehidupan semula jadi bermula pada 1980, TSI muncul sebagai salah sebuah pertubuhan pemulihan haiwan endemik Indonesia, dan spesies dunia yang terancam.


Menelusuri sejarah awalnya, TSI berkembang menjadi Taman Safari Indonesia Jawa Timur di Prigen, Pasuran, Jawa Timur pada Disember 1997.

 

Taman ini kemudian melebar di beberapa buah kawasan lain, dengan nama Taman Marin Safari Bali, Pantai Safari Jawa Tengah, Safari & Akuarium Jakarta, Safari Solo, dan francais terbaharunya, Varuna Bali.

 

Atas segala peranan dan usaha berterusannya itu, TSI telah menerima empat anugerah, dan penghargaan antarabangsa.


Dari kiri; Dato’ Dr Mohd Khalid Harun, Panca R Sarungu, Andhika Sophiaan, Alexander Zulkarnain, dan Dato’ Jeffri Sulaiman.

=========================================================================

Menarik dan memang wajar, ternyata pihak pengurusan tidak hanya membuka TSI untuk rakyat Indonesia semata-mata. Ia dengan bangga dan gembira sentiasa bersedia menyambut kunjungan warga luar Indonesia.

 

Sehubungan itu, TSI membuka beberapa unit perniagaan di luar negara untuk memenuhi keperluan pelancongan, atas nama Taman Safari Diraja, Resort Safari, Resort Safari Baobab, Lodge Safari Sungai Mara, dan Keajaiban Safari.




                                                      Andhika Sophiaan.

======================================================================

Dalam hubungan ini, pastinya pelancong dari Malaysia turut berpeluang menikmati kehebatan TSI. Sementelah, taman berskala besar ini mahu memberikan pengalaman rekreasi keluarga yang akan sentiasa diingati.

 

Sehari sebelum menyertai Pameran Matta 2024 di MITEC, Kuala Lumpur (KL) pada 22 hingga 24 Mac sebagai antara usaha promosi luar negaranya, TSI mengambil peluang mengadakan sidang media di Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, KL.



Panca R Sarungu (kiri) turut bertindak sebagai pengacara majli Sidang Media Taman Safari Indonesia pada 21 Mac lalu.

=========================================================================

Menurut Naib Presiden Media dan Digital TSIYBrs Encik Alexander Zulkarnain, menerusi Pameran Matta (Matta Fair) 2024, pihaknya tidak hanya mahu memperkenal keindahan, dan keunikan taman tersebut sebagai pusat rekreasi keluarga yang menekankan pemuliharan haiwan liar.

 

“Taman Safari Indonesia juga mahu memperkukuh persahabatan Indonesia dan Malaysia menerusi pelancongan. Pengiktirafan yang Persatuan Rekreasi Keluarga dan Taman Tema Malaysia atau MATFA berikan pada 2023 adalah bukti hubungan kukuh kedua-dua negara dalam sektor pelancongan yang diiktiraf oleh persatuan tersebut yang juga rakan kongsi kami,” katanya dalam sidang media tersebut.

 

Sebagai oasis pemuliharaan haiwan liar yang tegar, tambah Alexander, TSI menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan keindahan alam, haiwan liar, rekreasi berkualiti, dan hidangan halal-lazat, menjadikannya destinasi sempurna untuk semua peringkat umur.



Alexander Zulkarnain yang juga mantan pengamal media.

=========================================================================

“Untuk menyambut pelancong Malaysia, Taman Safari Indonesia mempersembah daya tarikan teater bawah air pertama di dunia. Pengunjung akan mengalami pengembaraan yang memukau sambil menikmati sajian enak, dan mencipta kenangan yang tak akan terlupakan,” katanya lagi yang turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kemampuan mengatasi Thailand sebagai destinasi pelancongan paling dikunjungi di Asia Tenggara.

 

Mengenai Varuna Bali, Alexander menjelaskan bahawa pengunjungnya ditawarkan pengalaman mewah di tengah alam.

 

“Untuk menambahkan sentuhan keanggunan pada pengembaraan tersebut, Varuna Bali menawarkan pengalaman mewah dan eksklusif sempena pelancaran penuh pertunjukan teater bawah air pertama di Indonesia,” tambahnya.



Membangun daripada kejayaan dan pengharapan ketika prapelancarannya, kata Alexander lagi, Varuna Bali dijangka mampu menawan hati penonton dengan gabungan cerita yang unik, pertunjukan akuatik, dan santapan istimewa, dalam suasana pesona Taman Safari Bali.

 

“Varuna Bali menawarkan pakej-pakej khas untuk pelancong Malaysia yang merangkumi pertunjukan mewah dan santapan yang menampilkan pelbagai cita rasa kawasan tersebut,” tambah beliau.

 

Sebagai catatan, 1.9 juta rakyat Malaysia mengunjungi Indonesia pada 2023, yang  sekali gus menjadi pelawat paling ramai daripada jumlah 11.6 juta orang pelancong asing ke Indonesia.



Ini, bagi Alexander, menunjukkan potensi besar bagi kedua-dua negara untuk memajukan pelancongan, dan budaya bersama-sama.

 

Sehubungan itu, TSI bertekad untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelancongan. Ia berharap menjadi salah satu destinasi utama bagi pelancong Malaysia.

 

Kami menjemput semua orang untuk datang dan menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak hanya menghibur, tetapi juga memberi pengajaran tentang pentingnya pemuliharaan haiwan liar, dan harmoni dengan alam,” tambah Alexander.




Mengenai penyertaan di Pameran Matta, TSI menanti pengunjung di Reruai 11P15. Para pengunjung akan diberikan pelbagai tawaran istimewa, terutamanya untuk kesemua taman di TSI di Jakarta, Varuna Bali dengan pertunjukan bawah air baharu dengan pengalaman gastronomi yang menarik.

 

Setelah lebih empat dekad, TSI bertekad menjadi kawasan pemuliharaan haiwan, sekali gus daya tarikan pelancongan berasaskan pendidikan, dan penyelidikan.

 

Seperti kata Alexander, TSI kini kembali lebih kuat selepas mengalami masa-masa sukar ketika wabak pandemik maut COVID-19 di seluruh dunia, walaupun tidak ditutup secara keseluruhan di sepanjang tempoh tersebut.




Untuk maklumat lanjut tentang TSI dan daya tarikan terkini, sila layari www.tamansafari.com.

 

-         Raja Yusoff Ariffin

 

                                                     

No comments:

Powered by Blogger.