SOSIAL
Majlis Terbuka
Aidilfitri Keluarga Ali Maju
TURUT BERI
PERINGATAN PENGGUNA
TIMBALAN Pengerusi Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Haji Jawahar Ali Taib Khan kesal
dengan kejadian pembuangan serta pembakaran sekian banyak kampit beras, tin
sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun
Makmur-Kampung Gunung Senyum, Temerloh baru-baru ini.
Presiden
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia ini menganggap peristiwa tersebut amat tidak wajar ketika rakyat negara ini
sering merungut ketiadaan beras tempatan di pasaran terbuka.
“Mengapa
boleh terjadi sedemikian? Pembaziran telah berlaku dan pihak yang terbabit
tidak kira siapa perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka,” tegas Dato’ Haji Jawahar yang juga Pengerusi
Eksekutif Kumpulan Restoran Ali Maju Sendirian Berhad.
Mengenai
peranan dan tanggungjawab PPIM,
beliau menegaskan pihaknya akan terus
membantu kerajaan dengan menegur apa yang tidak kena, dan memberikan cadangan
pembaikan.
“Cuma,
kerajaan perlu lebih spesifik dalam pengedaran dan penjualan barangan yang
dikategorikan dalam jualan Rahmah agar rakyat dapat memperoleh manfaat,” tegas
Haji Jawahar.
Beliau
ditemui pihak media semasa Majlis
Terbuka Aidilfitri Keluarga Ali Maju di Darul Barakath, Desa Andaman, Wangsa
Maju pada 19 April lalu.
Selain saudara mara, dan ahli keluarga jauh dan dekat, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan strategik,
jiran-jiran dan pasukan keselamatan (PDRM) setempat.
=========================================================================
Dato’ Haji Jawahar Ali Taib Khan.
Sementara itu, mantan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil mengakui isu tular beras dan barangan makanan lain yang dibuang itu adalah miliknya.
Datuk
Seri Ismail yang mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut membuat
permohonan maaf, dan menyatakan rasa kesal atas kekhilafan dalam memantau cara
pelupusan barangan dapur berkenaan.
“Saya
mengambil maklum dan berterima kasih atas keprihatinan, serta sensitiviti
rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang
dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur –
Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” katanya.
Ismail
yang juga mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan beliau mengambil
tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu berkenaan.
“Beras
dan barangan dapur tersebut merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan
bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau,”
jelas beliau.
=========================================================================
Sebahagian daripada tetamu yang hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
=========================================================================
Barangan
dapur tersebut, tambahnya, disediakan menggunakan peruntukan peribadi sebelum
tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, dan dalam tempoh berkempen tiada
sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.
Beliau
turut menegaskan, pembelian barangan tersebut tidak melibatkan peruntukan
Kerajaan Persekutuan, atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.
Kata
Ismail lagi, barangan tersebut terpaksa dibuang berikutan aduan daripada jiran
yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan pada 5
April lalu.
“Hasil
siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus
dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk, dan kutu beras.
Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana
tercemar,” jelas beliau.
“Sebahagian
daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan
sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan,” kata Ismail.
Media
pada 18 April lalu melaporkan tular lambakan beras, sardin, tepung dan teh
dibuang begitu sahaja di satu lokasi di Kuala Krau. Insiden tersebut tular
selepas dimuat naik dalam media sosial Facebook.
=========================================================================
Sesi penyerahan Jaket Kelab Taekwando NewGen bersama-sama Hana Training Academy oleh Dato’ Haji Jawahar Ali Taib Khan.
=========================================================================
Hal
itu menyebabkan ramai yang memberi komen negatif, dan membuat pelbagai andaian
mengapa perkara itu terjadi termasuk antara punca kekurangan beras putih
tempatan (BPT) di pasaran sekarang.
Menteri
Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu juga telah
mengarahkan Kawalselia Padi dan Beras untuk menyiasat kejadian tersebut.
Mohamad
berkata, satu kenyataan rasmi berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam tempoh
terdekat.
-
Raja Yusoff
Ariffin
disediakan.
No comments: