=========================================================================
PENDIDIKAN
Lawatan Zambry Kadir ke Universiti Limkokwing Lancar TVET
Teknologi AI-Kreatif MASTERON GROUP
SENATOR Dato’
Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) sejak 12 Disember 2023.
Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Luar Negeri bermula 3 Disember 2022.
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (Universiti Limkokwing), salah sebuah institusi pendidikan
tinggi swasta atau universiti swasta
(US) di Malaysia, dinamakan bersempena dengan seorang ahli perniagaan tanah
air, Tan Sri Dato’ Profesor Dr Lim Kok Wing.
Kampus utama Universiti Limkokwing terletak di Cyberjaya. US ini merupakan universiti bertaraf dunia, dan menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia. Kini,
ia memiliki kampus di Kuala Lumpur,
Melaka, Kuching, Botswana, Kemboja, Lesotho, Sierra Leone, Eswatini, Uganda,
dan United Kingdom.
Antara alumni Universiti Limkokwing yang terkenal termasuklah
penyanyi/pelakon Gadaffi Ismail Sabri @ Dafi,
pelakon Maya Karin dan Sazzy Falak, serta pengacara/pelakon Awal Ashaari, dan penyanyi/pelakon Indonesia, Acha Septriasa.
Pada 23 April lalu, Dato’ Dr Zambry telah melakukan lawatan
kerja ke Universiti Limkokwing yang
menurut beliau dalam ucapannya, sebagai memenuhi
undangan berkali-kali rakan baik, mantan Ahli Dewan Negara Malaysia, Datuk Dr Ras Adiba Mohd Radzi.
Acara lawatan tersebut turut menyaksikan
MASTERON GROUP Sdn Bhd (MASTERON GROUP) bersama-sama
Dr Zambry melancarkan Program TVET Teknologi AI-Kreatif.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inisiatif ini menandakan era baharu dalam menggabungkan
kecerdasan buatan (AI) dengan pendidikan kreatif, disokong oleh kerjasama
antarabangsa, termasuk perkongsian penting dengan Kerajaan Timor Leste.
Lawatan Zambry serta tetamu lain ke acara berprestij yang
mempamerkan masa depan pendidikan global
ini disambut baik oleh Pengarah MASTERON GROUP, Datuk Choy Wai Ceong, dan Naib
Canselor Universiti Limkokwing, Prof Dr Manivanan Saman.
Program TVET Teknologi AI-Kreatif baharu ini berada di
hadapan inovasi pendidikan, menyediakan pelajar dengan kemahiran penting yang
merentasi teknologi, dan kreativiti.
Dalam ucapannya, antara lain Zambry berkongsi visi beliau untuk landskap pendidikan Malaysia,
yang menekankan integrasi teknologi canggih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
=========================================================================
Sementara itu, kerjasama MASTERON GROUP dan Kerajaan Timor Leste adalah untuk membawa pelajar negara tersebut ke Malaysia
untuk pendidikan tinggi, khususnya
di Universiti Limkokwing. Ia bertujuan
meningkatkan peluang pendidikan, dan mempromosikan pertukaran budaya.
“Kerjasama pihak kami dengan
Universiti Limkokwing dan Kerajaan Timor Leste menunjukkan komitmen kami untuk menjadikan pendidikan berkualiti tinggi
dapat diakses oleh pelajar dari seluruh dunia,” ujar Datuk Choy Wai Ceong.
MASTERON GROUP berdedikasi memajukan kecemerlangan pendidikan, dan pembangunan
komuniti menerusi kerjasama strategik, dan inisiatif inovatif.
Syarikat ini berada di barisan hadapan dalam mencipta peluang yang meningkatkan
standard pendidikan global.
Acara berkenaan turut memaparkan projek serta perkongsian sedang berlangsung dan akan
berlangsung, menekankan komitmen teguh Universiti Limkokwing untuk menduniakan
pendidikan Malaysia, dan menawarkan pengalaman menambah baik, dan unik kepada
para pelajar.
Sementara itu, Zambry memberitahu
bahawa Putrajaya merancang membaharui
sistem pendidikan tinggi Malaysia bawah pelan 10 tahun seterusnya bagi sektor
itu.
Dengan pelan semasa akan tamat tahun depan, tambah beliau, Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan KPTM untuk menyemak semula sistem
sedia ada.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara yang turut menghadiri acara lawatan kerja Senator Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir ke Universiti Limkokwing pada 23 April lalu.
“Perdana Menteri mahu sistem pendidikan tinggi selari dengan
perkembangan semasa dalam teknologi, khususnya dalam kecerdasan buatan,
serta pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET,” ujar Zambry.
Oleh itu, kata beliau lagi, KPTM sedang bersiap sedia untuk melakukan
pembaharuan (sistem) melalui pelan pendidikan tinggi seterusnya yang akan
bermula pada 2026.
Bercakap kepada pihak media selepas
lawatan kerja ke Universiti Limkokwing, Zambry menegaskan Malaysia perlu
mengikuti perkembangan semasa untuk memastikan ia mampu bersaing dalam dunia kompetitif
hari ini.
Menurutnya lagi, negara akan
menerima tambahan 100,000 pelajar asing
yang melanjutkan pendidikan tinggi, termasuk dari Iraq dan Lubnan. Ketika ini, Malaysia
ada kira-kira 200,000 pelajar asing.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senator Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.
=========================================================================
“Terdapat permintaan tinggi daripada pelajar asing untuk belajar di sini. Iraq dan Lubnan misalnya, memerlukan lebih banyak modal insan
untuk membangunkan semula negara mereka,” jelas Zambry yang menghimbau kenangan
semasa menjadi Menteri Luar Negeri, iaitu mereka telah menyuarakan minat untuk
menghantar ribuan pelajar ke sini,” katanya.
Selain Datuk Ras Adiba, Choy Wai
Ceong, dan Prof Dr Manivanan, turut hadir ialah Marie Shafie Gilmore.
-
Raja Yusoff Ariffin
No comments: