Cik Jasinta Guok (kebaya kuning), Encik Abdul Qaiyum (lima dari kiri), Encik Steven Praba (tiga dari kanan), dan Cik Rafidah Aris (dua dari kanan) bersama-sama beberapa kakitangan Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PELANCONGAN

 

Pembukaan KAPITAN BISTRO Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur

 

BAGI para pelancong/pengembara yang ingin menyaksikan pemandangan dan mendengar bunyi Kuala Lumpur, hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur (Santa Grand) adalah pilihan sempurna bagi mereka.

 

Alami rasa ‘bebas melancong’ di Kuala Lumpur dengan menginap di Santa Grand yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya.

 

Jadilah lebih daripada sekadar sebagai pelancong dengan pergi lebih ‘jauh’ di tempat yang berhampiran dengan Pasar Seni/Pasar Budaya atau Central Market (CM) ini, serta menyusuri Chinatown, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Lebuh Ampang, serta Menara Berkembar Petronas yang berjarak 2.1 kilometer, dan Terminal Bersepadu Selatan - 7.6 kilometer, iaitu antara ejen pengangkutan pilihan dalam bandar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



========================================================================================

Hotel Santa Grand turut menawarkan pelbagai fasiliti dalaman untuk memenuhi selera tetamu, dan penginapnya.

 

Perhubungan anda dengan sesiapa juga tidak akan terputus selama menginap/tinggal di Santa Grand ini, kerana ia menawarkan Wifi percuma. Kesemua 42 biliknya dilengkapi sebuah televisyen, peti simpanan yang selamat, peti sejuk mini, fasiliti menyediakan kopi dan teh, air botol, jag cerek, pengering rambut, dan kemudahan mandian.

 

Mesin ringkas (vending machine) untuk jualan snek dan minuman ringan turut disediakan di lobi hotel.

 

Untuk melengkapkan percutian anda di hotel bertaraf tiga bintang ini, manjakan diri anda di kolam renang di bumbung (tingkat 7), dan nikmati pemandangan malam Kuala Lumpur yang terindah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                                Encik Steven Praba menyampaikan ucapan alu-aluan.

====================================================================================================

Pada 25 Julai lalu, pihak pengurusan Santa Grand mengadakan majlis pembukaan Kapitan Bistro, dengan turut menjemput pihak media untuk membuat liputan.

 

Menurut Cik Rafidah Aris, Pengurus Marcom Santa Grand, Kapitan Bistro adalah sebuah kafe yang berkonsepkan peranakan. Terletak bersebelahan Pasar Seni, bistro ini menyajikan masakan peranakan, dan fusion.

 

“Dengan mengekalkan nama ‘Kapitan’ di setiap hotel yang dibuka, Hotel Santa Group mempunyai sebuah lagi hotel di Jalan Ampang, iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur. Di sana, restoran kami dijenamakan sebagai ‘Kapitan Café’,” jelas beliau.

 

Mengekalkan konsep yang sama, tambah Rafidah, setiap hotel Santa Group dijenamakan dengan nama Santa, dan restoran di setiap hotel dikenali dengan jenama Kapitan.

 

“Berlainan sedikit di Santa Grand Central, restoran kami berkonsepkan bistro. Restoran ini memberikan kelainan dari segi pilihan makanan, serta lokasi yang strategik di tengah Kuala Lumpur,” katanya lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebahagian daripada pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang boleh dilihat dari tingkat 7/bumbung Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

======================================================================

Dari kanan; Chef Jailani, Encik Steven Praba, Cik Rafidah Aris, Encik Abdul Qaiyum, dan Cik Jasinta Guok bersama-sama kakitangan Bahagian Pemasaran & Jualan.

=========================================================================





Kolam renang di bumbung/tingkat 7 Santa Grand Classic Kuala Lumpur.


=========================================================================


                        Ruang dapur dan makan Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

=========================================================================


                            Encik Abdul Qaiyum menyampaikan ucapan alu-aluan.

=========================================================================


           Kapitan Bistro Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

=========================================================================


Katil kelamin dan katil bujang di bilik tingkat 5 Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

=============================================================================================

                Tingkat lima Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

==================================================================================================================================================


     

Antara fasiliti dalaman yang turut disediakan untuk tetamu Hotel Santa Grand Classic Kuala Lumpur.

===========================================================================================

   
 
           

Kepada para pelancong dan pengembara di Kuala Lumpur, Santa Grand yang beralamat di No 1 & 3, Lebuh Pudu, Laluan Kasturi, Kuala Lumpur ini mudah ditemui kerana ia berhadapan dengan Pasar Seni. Jumpa Pasar Seni, jumpalah Santa Grand!

 

-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


No comments:

Powered by Blogger.