YBhg Datin Raskidah Ali (empat dari kanan) bersama-sama para pelanggan Trishya & Co yang menerima anugerah dalam majlis pada 27 Julai lalu.
Foto Hanif Ariffin
===========================================================================
--
2. EKONOMI
Datin Raskidah
Lancarkan 9JK, Rai Pelanggan Trishya & Co
PADA 27 Julai lalu, telah berlangsung majlis sidang media Air Tangan Emas atau nama Antarabangsanya, JOM – ‘Jewels of Malaysia’ (sebelah petang), serta pelancaran 9KJ keluaran Trishya & Co, dan penyampaian anugerah kepada pelanggannya (sebelah malam), di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Datin Raskidah dan suami turut hadir bersama-sama Encik Khairul Akmal Mohd Kamal, Naib Presiden Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERSEKA).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam ucapan beliau, pengasas Trishya & Co, YBhg Datin Raskidah Ali mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi datang memeriahkan majlis anjuran pihaknya.
Datin Raskidah turut menyampaikan penghargaannya terhadap para pelanggan setia Trishya & Co. Sudah pastilah beliau mengharapkan sokongan yang berterusan, di samping syarikatnya semakin maju.
Sebagai tanda terima kasih, Raskidah menyampaikan anugerah kepada pelanggan bertuah, dan meraikan pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan.
Penyanyi muda popular tanah air, Haqiem Rusli turut menghiburkan hadirin pada majlis malam tersebut.
Kehadiran Haqiem yang juga dilantik sebagai Duta JOM, menjalinkan kerjasama dengan penganjur di sepanjang sesi pencarian bakat baharu menerusi JOM.
Majlis pelancaran 9JK dan penyampaian anugerah pelanggan Trishya & Co dibuka dengan segmen selingan, iaitu catwalk oleh hadirin yang duduk di meja 1 hingga 7. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Raskidah sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara barang kemas 9JK Trishya & Co yang turut dipamerkan.
===========================================================================
Majlis pelancaran 9JK dan penyampaian anugerah pelanggan Trishya & Co dibuka dengan segmen khas, iaitu catwalk oleh hadirin yang duduk di meja 1 hingga 7.
4. =========================================================================
*************************************************************************************
Sementara itu, JOM dianjurkan oleh PERSEKA yang berpejabat di G-12
Saville@Melawati, Jalan Kolam Air, Desa Melawati, Kuala Lumpur, ditubuhkan di
bawah badan bukan kerajaan (NGO) Koperasi Norras Berhad pada 8 Februari 2024,
dengan nombor pendaftaran PPM-009-14-08022024.
Sidang media pada sebelah petang 27 Julai lalu dihadiri Pengerusi PERSEKA
yang menyampaikan ucapan, serta Raskidah dan persembahan nyanyian lagu tema JOM
oleh Haqiem.
Antara aktiviti terawal yang dianjurkan oleh PERSEKA adalah JOM,
iaitu acara pencarian bakat semula jadi dari seluruh negara, termasuk Sabah dan
Sarawak. Program ini turut menjemput bakat-bakat dari negara jiran seperti
Indonesia, Singapura, dan Brunei.
Menariknya pencarian bakat ini turut mengalu-alukan penyertaan
pelajar universiti awam, dan universiti swasta, sekali gus bakal melahirkan bakat-bakat
muda dengan idea yang segar daripada golongan ini.
JOM akan bermula pada Ogos depan di Johor Bharu sebagai
wakil Zon Selatan. Pada September pula di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur.
Sementara Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, serta November di Sabah
dan Sarawak.
Peringkat akhir JOM akan berlangsung pada Disember depan di
Kuala Lumpur.
JOM akan memilih dua pemenang dalam setiap kategori dari
lima negeri tersebut untuk dibawa ke Kuala Lumpur, dan diadili pada peringkat
akhir.
Peringkat akhir pertandingan akan mengumpulkan kesemua
peserta akhir yang akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan
tugasan masing-masing.
Untuk itu, JOM kini mengalu-alukan penyertaan dari seluruh
negara, serta Indonesia, Singapura, dan Brunei untuk mengambil bahagian.
Paling menarik, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sangat
lumayan, selain memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada semua peserta.
Untuk makluman, hadiah utama peringkat akhir adalah:
a)
Satu kilogram 999 jongkong emas, dan kursus pendek
dalam bidang seni reka di Universiti Seni London (UAL) bagi pemenang pertama.
b)
Seratus gram 999 jongkong emas dan kursus pendek dalam
bidang seni reka di UAL untuk pemenang kedua.
c)
Seratus gram 999 jongkong emas bagi pemenang ketiga.
d)
Sepuluh gram 999 jongkong emas untuk tempat keempat
hingga ke-10.
Sebagai sebuah NGO yang sebelum ini mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang eksklusif, dan memiliki keunikan rekaan tradisi Melayu seperti gong, congkak, buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri, dan motif flora yang terkenal di Malaysia, PERSEKA mengharapkan JOM dapat diadakan saban tahun sebagai acara tahunan bagi memartabatkan seni reka berbudaya Melayu, dan berjiwa Malaysia, sekali gus mengangkat keunikan rekaan ke persada dunia.
-
RAJA YUSOFF
ARIFFIN
1.
5.
6. .
No comments: