k Foto MegatzReview
f===========================================================================
1. AD-DIN
Mari Berumrah dengan Zul Ariffin!
MENURUT PU Hilmi, hubungan baik dengan Zul Ariffin memudahkan tawaran pelantikan sebagai Selebriti dan Ikon Khadim Ummah Holidays (KUH) oleh pihak beliau kepada pelakon terkenal tanah air itu.
“Saudara Zul sendiri telah beberapa kali mengerjakan umrah, dan mahu berada di Mekah melakukan ibadat tersebut saban tahun. Beliau ingin tinggal di sana sebulan,” ujar Hilmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KUH Sdn Bhd.
Justeru, tambah beliau yang juga Mejar Bersekutu (PA) dengan nama sebenar, Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil, Zul terus menerima tawaran tanpa meminta tempoh berfikir.
=========================================================================
PPuan Hajah Faridah Hamid (kiri) dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi semasa sidang media.
===========================================================================
Hilmi menjelaskan sedemikian semasa sidang media pelancaran Pakej Umrah Kasih Ramadan, dan Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 28 Julai lalu.
Turut hadir Puan Hajah Faridah Hamid, Setiausaha Agung Terhormat Persatuan Agensi Pelancongan Umrah (PAPUH); Tuan Omri Nordin, Ketua Pegawai KUH Sdn Bhd, dan Encik Amirul Hakim, Pengurus Besar KUH Sdn Bhd.
Cuma, malangnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Zul Ariffin hanya muncul selepas sidang media pelancaran itu berakhir.
Dari kiri; Tuan Omri Nordin, Puan Hajah Faridah Hamid, dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi.
0. Pelakon popular Zul Ariffin sebagai Ikon Khadim Ummah Holidays.
FFoto MegatzReview
===========================================================================
Mengenai pengekalan kontrak Zul sebagai Ikon KUH, Hilmi menjelaskan setakat ini pihaknya masih melihat keadaan dan perkembangan kerana masih awal.
“Biasanya yang dilakukan bagi perkara seperti ini adalah pembaharuan kontrak dari setahun ke setahun,” jelas beliau yang enggan mengulas jumlah bayaran kepada pelakon utama filem ‘pecah panggung’ Sheriff itu.
Memang terdapat suara-suara di luar sana yang mempertikai pelantikan mana-mana artis terkenal untuk produk atau program Islam.
“Sebenarnya, usaha mengajak ke arah kebaikan tidak hanya boleh dilakukan oleh agamawan seperti imam, guru agama atau mantan peserta program realiti televisyen agama sahaja. Artis yang sangat popular juga diperlukan untuk menarik minat ramai,” jelas Hilmi membalas sanggahan itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Pempengaruh tidak salah. Yang salah adalah jika yang disebarkan dengan bantuan popularitinya itu perkara buruk,” tambah Hilmi yang biasa muncul dalam program agama stesen televisyen berbayar.
Sementelah, jelas beliau lagi, kehadiran Zul di Madinah dan Mekah
nanti turut dimantap, serta dimaknakan dengan pelbagai sesi bermanfaat seperti
telaah kitab-kitab tertentu dan penting.
Sementara itu, Puan Faridah berharap pihak kerajaan dapat
mengusahakan mekanisme yang lebih ampuh dalam membendung isu penipuan
syarikat-syarikat umrah.
“Setakat ini, pihak kerajaan menerusi kementerian berkaitan sering
mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit untuk mencari jalan
penyelesaian,” jelas beliau yang tidak menafikan memang sukar, malah mustahil
untuk membasmi penipuan umrah sepenuhnya.
Pakej Umrah Kasih Ramadan bertujuan memberi peluang kepada umat
Islam menjalankan ibadah umrah pada bulan suci Ramadan, dengan suasana penuh
ketenangan, dan kemuliaan.
Pakej ini direka khusus untuk memastikan para jemaah dapat merasai
keberkatan Ramadan di tanah suci dengan bimbingan yang teliti, dan menyeluruh.
Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin pula menawarkan pengalaman unik
kepada jemaah dengan penyertaan selebriti tersebut, dan mengikuti aktiviti
motivasi, serta pengisian rohani yang disediakan di sepanjang perjalanan.
KUH Sdn Bhd komited dalam menyediakan perkhidmatan umrah
berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, iaitu Umrah Kasih bermula dari
harga RM5,480 dan Kasih Ramadan (32 hari 30 malam) pula bermula dari RM9,980.
Sebagai syarikat pelancongan yang berpengalaman mengurus beberapa pakej
umrah, dan haji, ia berharap dapat memudahkan perjalanan ibadah umat Islam.
Buktinya, dengan menyediakan pakej yang menyeluruh, dan memenuhi piawai
tertinggi dalam perkhidmatan pelancongan agama.
Justeru, KUH Sdn Bhd berharap kesemua pakej dapat memenuhi
kehendak, dan keperluan jemaah serta memberikan pengalaman umrah yang mendalam
dan bermakna.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Dari kiri; Tuan Omri Nordin, Sdr Zul Ariffin, Puan Hajah Faridah Hamid, dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi.
F
Foto MegatzReview
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang rasmi KUH Sdn Bhd di www.khadimummahholidays.com.my, atau hubungi talian khidmat pelanggan 019 4534425.
KUH Sdn Bhd juga boleh dihubungi dengan talian 04 425 0692, e-mel:
admin@khadimummahholidays.com.my.
-
RAJA YUSOFF ARIFFIN
3.
No comments: