+++++
MUZIK
Karyawan Sokong Garis Panduan MyIpo, Kesali CMO yang Membantah
YBRS Encik Zaim Zaidee, YBrs Encik Cheb Ali Masrawi, YBrs Encik Ad Samad, dan YBhg Dato’ Freddie Fernandez bersepakat membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan mahkamah yang telah diambil oleh badan kutipan royalti yang cuba menghalang pelaksanaan Garis Panduan MyIpo (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).
Mereka menyuarakan rasa kesal semasa sidang media bantahan tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di Auditorium Mini, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur pada 29 Jun lalu.
Encik Zaim merupakan Timbalan Presiden Persatuan 3PMuzik Malaysia. Encik Cheb dan Encik Ad pula adalah Exco persatuan tersebut. Sementara Dato’ Freddie tidak asing lagi sebagai Pengerusi KARYAWAN.
Freddie,
Zaim, Cheb dan Ad sebulat suara menyokong pelaksanaan Garis Panduan MyIpo tersebut,
sambil berharap media membantu membetulkan persepsi umum, dan turut menyokong
bantahan KARYAWAN.
Mereka
terkejut, hairan dan kesal dengan tindakan tiga tersebut yang boleh dianggap bertindak melulu
menyaman Kerajaan, MyIpo, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup (KPDNKSH).
Komposer terkenal, Man Senoi turut menandatangani memorandum bantahan KARYAWAN terhadap tiga badan kutipan royalti yang membantah garis panduan MyIpo.
+++++
Berikut
adalah kenyataan akhbar KARYAWAN yang dibuat pada 29 Jun 2025, yang dibacakan
oleh Freddie:
“SOKONGAN TERHADAP PERBADANAN HARTA
INTELEK MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN HAK CIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF
2025, SERTA BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN MAHKAMAH OLEH BADAN KUTIPAN ROYALTI YANG
CUBA MENGHALANG PELAKSANAANNYA
Sejarah
dan Perkembangan Akta Hak Cipta Malaysia
1.
Akta Hak Cipta 1987
Akta
Hak Cipta Malaysia 1987 merupakan asas utama dalam sistem perlindungan hak
cipta di negara ini.
Ia
memberikan hak eksklusif kepada para pencipta atas hasil kerja asli mereka,
termasuk penulis, komposer, pelaku (performers),
dan pemegang hak lain.
Hak
eksklusif ini direka bagi menggalakkan kreativiti dan memastikan mereka mendapat
imbuhan yang adil daripada eksploitasi karya kreatif mereka.
Akta
ini telah beberapa kali dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa, dan
perkembangan industri kreatif global.
Badan
Perlindungan Hak Cipta Penulis Muzik Berhad (MACP), dan Persembahan Umum Malaysia
Sendirian Berhad (PPM Sdn Bhd) tertubuh sejurus selepas, daripada Akta Hak
Cipta 1987.
Antara karyawan yang turut menandatangani memorandum bantahan KARYAWAN terhadap tiga badan kutipan royalti yang membantah garis panduan MyIpo.
+++++
2.
Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2012
i)
Pengiktirafan Hak Pelaku
Pindaan
penting pada Akta Hak Cipta telah dibuat pada 2000, yang membawa kepada
pengukuhan hak para pelaku. Dalam konteks industri muzik, pelaku adalah pemuzik
dan penyanyi.
Pindaan
ini mengangkat kedudukan pelaku agar lebih hampir kepada pencipta dari segi
pengiktirafan hak cipta.
Antara
perubahan utama adalah memberi pelaku hak yang lebih seimbang berbanding
pemilik bunyi rakaman (sound recording),
yang biasanya dimiliki syarikat rakaman.
Namun
begitu, pelaksanaannya sehingga ke hari ini masih belum mencapai tahap yang
diharapkan.
Contohnya,
agihan royalti antara pelaku dengan pemilik bunyi rakaman masih jauh daripada
nisbah adil 50:50. Realitinya, syarikat rakaman (pemilik rakaman bunyi)
menerima bahagian pendapatan yang jauh lebih besar daripada pelaku dalam
kutipan royalti persembahan awam.
Nisbah
50:50 adalah sejajar dengan Perjanjian Pelaku dan Fonogram WIPO 1996 (WPPT
1996), yang turut diratifikasi oleh Malaysia.
ii)
Pengawasan terhadap CMO
Pindaan
2012 juga membuka jalan pada pengawalseliaan yang lebih jelas ke atas badan
pelesenan, kini dikenali sebagai Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO). Sebelum
ini, CMOs beroperasi dalam kerangka undang-undang yang longgar, dengan
pemantauan yang terhad.
3.
Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2022
i)
Memperkukuhkan Perlindungan dan Penguatkuasaan
Pindaan
2022 menyambung usaha sebelumnya dengan menambah baik mekanisme pelaksanaan,
memantapkan hak pelaku, dan memperketatkan kawal selia terhadap CMO.
Salah
satu kemasukan penting ialah Seksyen 27M memberikan kuasa kepada Pengawal Hak
Cipta (Copyright Controller) untuk
mengeluarkan Garis Panduan yang wajib dipatuhi oleh semua CMO.
B.
Garis Panduan Hak Cipta Organisasi Pengurusan Kolektif 2025
Berdasarkan
aduan berterusan daripada penggiat muzik dan pengguna karya, serta hasil sesi
libat urus bersama-sama pemegang hak, MyIPO telah menerbitkan Garis Panduan
Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 pada 17 Januari 2025.
Garis
panduan ini bertujuan memperkukuh:
* Ketelusan (Transparency)
*
Pertanggungjawab (Accountability)
*
Tadbir urus yang baik (Good Governance)
Dari kiri; YBrs Encik Cheb Ali Masrawi, YBhg Dato’ Freddie Fernandez, YBrs Encik Ad Samad, dan Encik Zaim Zaidee.
+++++
SEBAB
KAMI MENYOKONG GARIS PANDUAN INI:
Sebagai
penggiat industri kreatif seperti penulis lagu, komposer, penyanyi dan pemuzik;
Garis Panduan Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 memberikan pelbagai manfaat
penting yang telah lama dinantikan.
Garis
panduan ini mewajibkan semua CMO lebih telus dalam urusan kutipan dan
pengagihan royalti. Ini bermakna para pemegang hak dapat mengetahui secara
jelas bagaimana royalti dikutip, dibahagi, dan siapa yang menerimanya, iaitu
sesuatu yang sebelum ini kabur dan tidak telus.
Selain
itu, garis panduan ini juga memperkukuh tadbir urus dalam organisasi,
memastikan setiap ahli diberi hak suara yang adil dalam mesyuarat agung dan
pemilihan lembaga. Ia menghapuskan sistem pengundian yang berat sebelah, dan
memperkenalkan mekanisme aduan yang jelas bagi ahli yang tidak berpuas hati.
Garis
panduan ini melindungi hak lebih kurang 8,000 pemegang hak, tidak kira tahap
populariti mereka. Semua ahli kini dilayan dengan lebih adil, dan setara.
Secara
keseluruhan, Garis Panduan MYIPO 2025 adalah satu pembaharuan yang memperkukuh
kedudukan pemegang hak, dan memulihkan kepercayaan terhadap sistem kutipan
royalti di Malaysia.
Ia
meletakkan hak pencipta sebagai keutamaan di samping melindungi kepentingan
para pengguna karya muzik yang menjadi para pembayar lesen.
Para
pengguna karya muzik adalah punca pendapatan utama para pencipta muzik.
Garis
Panduan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh
semangat pemerkasaan harta intelek di Malaysia.
Ia
seharusnya menjadi langkah berterusan.
Kami.
Majulah
Hak Cipta dan majulah MYIPO untuk negara!”
Majlis
sidang media dan kenyataan keras KARYAWAN tersebut diakhiri dengan
penandatanganan memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada
KPDNKSH/Menterinya, YB Datuk Armizan Mohd Ali; dan MyIpo/Ketua Pengarahnya,
YBrs Encil Kamal Kormin.
Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Freddie menyatakan KARYAWAN menyambut baik saranan YBhg Dato' Haji M Nasir, Pengerusi MACP, pada 30 Jun lalu agar semua pihak dalam industri muzik mengambil langkah berunding secara damai untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku antara KARYAWAN dan 3P Muzik Malaysia, dengan MACP, PPM dan RPM.
"Kami bersetuju bahawa rundingan adalah penyelesaian terbaik, dan tindakan mahkamah seharusnya menjadi jalan terakhir, kerana jika diteruskan, ia berpotensi menjejaskan kelangsungan, serta masa depan para penggiat seni di negara ini," ujar beliau.
KARYAWAN, tambah Freddie, sedar bahawa banyak isu yang timbul berpunca daripada kekurangan persefahaman antara pihak terlibat dalam ekosistem muzik tanah air.
YBhg Dato' Haji M Nasir, Pengerusi MACP.
+++++
"Maka itu, kami menyeru agar diadakan satu sesi perbincangan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk persatuan seni, badan kutipan royalti, pihak berautoriti serta pemegang taruh utama bagi mencari penyelesaian yang adil dan realistik," tegas beliau.
Yang paling penting, kata Freddie lagi, semua pihak yang terlibat di sini yang menjadi paksi kepada industri muzik negara kita , perlu berdiri atas asas yang betul mengikut fungsi masing-masing.
"Hanya dengan cara ini, industri muzik dapat terus berkembangdengan harmoni, tanpa berlaku ketidakseimbangan yang akan merugikan mana-mana pihak,” ujarnya.
Justeru, KARYAWAN berharap semua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang tidak bersifat berat sebelah, sebaliknya memberi manfaat menyeluruh dan seimbang kepada keseluruhan industri muzik negara. KARYAWAN berpandangan bahawa hanya melalui dialog terbuka yang demokratik, serta semangat toleransi dan kerjasama, kita dapat membina semula industri muzik tanah air secara mapan. Biar semua pihak menang, demi masa depan muzik Malaysia.
-
disesuaikan untuk siaran
oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: