YB Puan Michelle Ng Mei Sze, YBhg Datuk Wira Ameer Ali, YBrs Encik Philip Joe, YBhg Datin Siti Hawa Mohd, dan Puan Haslinda Razali, bersama-sama kanak-kanak dari RACTAR di MYDIN Mall USJ pada 5 Julai lalu.

++++

KESIHATAN

 

RACTAR Mulakan Kempen ‘Kami Bawa Sarapan yang Bermakna’ MYDIN-CPW

 

SEBAGAI sebahagian daripada komitmen bersama untuk memberi kembali kepada masyarakat, Nestlé Koko Krunch (NKK) dan MYDIN pada 5 Julai lalu menganjurkan pertandingan mewarna istimewa di MYDIN Mall USJ, yang menyambut kehadiran kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

 

Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Kita Bawa Sarapan yang Bermakna’, yang menghidupkan matlamat NKK dalam menyokong pertumbuhan kanak-kanak menerusi pemakanan, dan pengalaman positif.

 

Turut hadir YBhg Datuk Wira Ameer Ali, Pengarah Urusan MYDIN; YBrs Encik Philip Joe, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Cereal Partners Worldwide (CPW) Malaysia & Singapura; YBhg Datin Siti Hawa Mohd, Pengarah MYDIN; dan Puan Haslinda Razali, Pengurus RACTAR.



                                                                 

                                                                  
 
YB Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya menyampaikan ucapan pelancaran.

++++

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Encik Philip memberitahu Nestlé percaya bahawa permulaan hari yang positif bukan sahaja melalui sarapan pagi, tetapi ia juga tentang menyantuni mereka di sekeliling kita.

 

“Kami amat berbesar hati dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak dari RACTAR, dan amat bersyukur atas peluang untuk berkongsi detik-detik kegembiraan bersama-sama mereka. Kami berharap sumbangan kecil ini membawa sedikit kelegaan, dan sokongan kepada rumah amal tersebut,” ujar beliau.

 

Inisiatif ini, tambah Philip, dengan kerjasama MYDIN, mencerminkan komitmen berterusan CPW dalam mencipta nilai bersama dan menyokong komuniti yang dilayaninya.

 

Sebagai bukti menyokong keperluan harian dan kebajikan kanak-kanak di RACTAR, NKK turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000.

                                                  

YBrs Encik Philip Joe, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Cereal Partners Worldwide (CPW) Malaysia & Singapura menyampaikan ucapan alu-aluan.

                                                                             ++++

Acara ini turut dihadiri YB Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, yang meluangkan masa beramah mesra, dan menyertai aktiviti pagi bersama anak-anak yang hadir.

 

Dalam ucapan beliau, Puan Michelle menekankan pentingnya sarapan untuk kanak-kanak sebelum ke sekolah. Walau bagaimanapun, beliau menambah sarapan yang dimaksudkan itu mestilah yang berkhasiat.

 

“Sarapan adalah satu kemestian kerana kalau perut kosong dan lapar, kanak-kanak tidak dapat memberikan tumpuan pada pelajaran di dalam kelas. Dan sudah semestinya sarapan yang terbaik adalah makanan, dan minuman yang berkhasiat,” ujar Michelle.



                                                                     

Kanak-kanak dari RACTAR yang menyertai Pertandingan Mewarna bersempena pelancaran kempen ‘Kita Bawa Sarapan yang Bermakna’ di Mydin Mall, USJ pada 5 Julai lalu.

                                                    

++++

Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau, Datuk Wira Ameer memberitahu sebagai peruncit Malaysia yang berbangga, MYDIN gembira dapat menjadi sebahagian daripada kempen yang menyatukan keluarga dan komuniti secara bermakna.

 

“Inisiatif ini adalah peringatan bahawa usaha kecil yang penuh keprihatinan mampu membawa perubahan, terutamanya apabila kita bekerjasama untuk menyokong mereka yang memerlukan,” ujar beliau.

                                                                                            

YBhg Datuk Wira Ameer Ali (kanan sekali) bersama-sama YBhg Datin Siti Hawa Mohd, YB Puan Michelle Ng Mei Sze, dan YBrs Encik Philip Joe (kiri sekali).

                                                                                ++++

Selepas aktiviti bersama-sama RACTAR pada waktu pagi, pertandingan mewarna kemudiannya dibuka kepada orang ramai di MYDIN USJ, yang turut menampilkan zon interaktif seperti permainan, aktiviti seni pasir, dan gerai sampel produk – mencipta suasana meriah untuk semua yang hadir.


                                       

YBhg Datuk Wira Ameer Ali dan YBrs Encik Philip Joe mengiringi YB Puan Michelle Ng Mei Sze melihat-lihat Pertandingan Mewarna yang diadakan.


++++

Acara ini juga merupakan sebahagian daripada Pertandingan Mewarna Kelab Koko Kraf (KKK) yang sedang berlangsung di pelbagai pasar raya di seluruh Malaysia, yang menggalakkan kanak-kanak mengekspresikan kreativiti melalui seni.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, sebahagian daripada hasil jualan bijirin sarapan Nestlé di semua cawangan MYDIN di seluruh negara telah disumbangkan kepada RACTAR.

 

KKK mencerminkan komitmen berterusan NKK demi memperkasakan kanak-kanak dalam bidang seni dan kraf, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun ini, KKK turut menerajui pertandingan kolaj untuk sekolah rendah di seluruh negara.





Gimik penyampaian sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Nestlé Koko Krunch kepada RACTAR yang diterima oleh Puan Haslinda Razali (kiri sekali) selaku Pengurusnya.

++++ 

Sejak 1912, Nestlé berdedikasi dalam menyuburkan rakyat Malaysia, dan membina kepercayaan melalui jenama dan produk berkualiti tinggi. Ia menyumbang pada keselamatan makanan, serta kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui jenama dipercayai, dan komitmen jangka panjang terhadap Malaysia dalam bentuk pelaburan, peluang pekerjaan dan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan komuniti tempatan.

 

Hari ini, ia mengendalikan enam kilang, menggaji lebih 5,000 rakyat Malaysia dan menjadi Pusat Kecemerlangan Halal global untuk Nestlé. Ia komited dalam menyediakan produk yang halal, berkhasiat dan berkualiti tinggi dengan kelestarian sebagai teras amalan perniagaan kami - dihasilkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia.

 

Sebagai pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia yang beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara. Dengan lebih daripada 270,000 pekerja berdedikasi, ia digerakkan oleh matlamat untuk membuka potensi makanan bagi meningkatkan kualiti hidup semua orang, hari ini dan untuk generasi akan datang.

                                         

Komitmen Nestlé terhadap pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan membimbing prestasinya, memastikan ia menunaikan janji, iaitu MAKANAN YANG BAIK, KEHIDUPAN YANG BAIK.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan Nestlé selama lebih seabad menyuburkan rakyat Malaysia, sila lawati laman web https://www.Nestlé.com.my/ask-Nestlé/we-are-Nestlé www.xn--nestl-fsa.com.my

 

-        - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

No comments:

Powered by Blogger.