SASTERA
BUDAYA
ZEE AVI DAN NJWA JAYAKAN KONSERT
ANGKAT WANITA
MENGGABUNGKAN
dua penyanyi wanita tanah air dengan cita rasa muzik yang tinggi, serta
memiliki gaya tersendiri dalam sebuah konsert seumpama menyajikan hidangan
makan malam bermutu tinggi.
Demikianlah
apabila penganjur, FM Showlab Venture menampilkan Zee Avi dan Njwa dalam sebuah
konsert khas bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada Mac tahun ini
nanti.
Dengan
tajuk International Women’s Day with Zee
Avi & Njwa (‘Hari Wanita Sedunia dengan Zee Avi & Njwa’), konsert
tersebut akan berlangsung di Dewan Merdeka, tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) pada 22 Mac depan mulai jam 8.45 malam.
Memang
jelas bahawa Zee Avi dan Njwa merupakan nama yang cukup signifikan, dan
melambangkan hampir semua tentang kuasa wanita, iaitu sentiasa inovatif dan
kreatif dalam kerja mereka, serta mempunyai manifesto yang seiring dengan kuasa
wanita.
Ternyata
Zee Avi dan Njwa merupakan dua nama yang cukup membekas,dan melambangkan hampir
semua tentang kuasa wanita, iaitu sentiasa inovatif dan kreatif dalam kerja
mereka, serta memiliki manifestasi yang seiring dengan kuasa wanita.
Justeru,
tidak perlu diragui mengapa penganjur memilih dua nama besar ini untuk mengisi
hari istimewa tersebut dengan untaian lagu mereka yang menyegarkan jiwa.
Menurut
penganjur, mendapatkan persetujuan Zee Avi dan Njwa sendiri sudah cukup memberi
makna kepada mereka merealisasikan konsert tersebut.
“Kesemuanya
tentang Zee Avi dan Njwa sangat berkait rapat dengan hal yang positif mengenai
wanita. Semangat, misi, kehidupan, dan kecekalan mereka dalam bidang seni yang
ditekuni sehingga membawa nama ke luar negara,” kata Penerbit Eksekutif FM
Showlab Ventures, Farhan Aizat.
Malah,
tambah Farhan, pihaknya amat berbesar hati apabila PWTC tampil sebagai
penganjur bersama konsert pertama anjuran FM Showlab Ventures.
Ketua
Pegawai Operasi PWTC, Shamsul Kamar Ahmad pula menjelaskan penglibatan pihaknya
sebagai penganjur bersama bertujuan menarik lebih banyak penganjuran konsert di
PWTC pada masa akan datang.
Bukan
itu sahaja, pihak Rights Foundation juga bersetuju menjadi rakan gerakan
strategik untuk memastikan konsert yang mengangkat kaum hawa ini berada pada
objektif yang tepat dengan sasaran penganjur.
Jika
mahu memperkenalkan Zee Avi sendiri, memadailah dengan mengingatkan tentang
lagu hitnya, ‘Kantoi’, dan ‘Bitter Heart’ yang begitu bersemarak di Malaysia.
Lebih daripada itu, lagunya, ‘Swell Window’ telah diguna pakai dalam variasi
drama terkenal dunia, termasuk 21 Jump
Street, dan Gossip Girl.
Itu
sahaja telah menjadi bukti kukuh bahawa seorang gadis genit kelahiran Sarawak
yang terkenal dengan trademark
bersama-sama ukulelenya yang telah berjaya menawan dunia melalui seninya. Zee
Avi juga pernah muncul dalam filem ‘pecah panggung’, Ola Bola (2016).
Najwa
atau Najwa Mahiaddin pula pernah diiktiraf sebagai Artis Terbaharu Terbaik dan
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18, tidak
pernah tenggelam dalam muzik bawaannya.
Begitu
pekat dengan muzik blues dan soul, ‘Got TO Go’ Njwa telah meraih kejayaan luar biasa.
Anak
kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia ini turut mengangkat lagu klasik ‘Seri
Mersing’ dalam balutan dan cara seorang Njwa yang sentiasa inovatif dalam
muziknya.
Zee
Avi atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman, 33, dan Njwa, 32, telah menebarkan
muzik ke seluruh dunia dengan begitu bergaya, dan bersahaja. Justeru, gabungan
mereka bererti khalayak akan dihidangkan dengan sebuah persembahan penuh
sensasi yang bertaraf antarabangsa.
Pada
23 Januari 2019 lalu, telah berlangsung sidang media International Women’s Day
Zee Avi + Njwa di Serambi Merdeka, PWTC.
Selain
Zee Avi, Njwa dan Farhan, turut hadir ialah Pengarah Komunikasi Pemasaran PWTC,
Intan Jaafar, dan wakil-wakil penaja. Farhan dan Intan turut menyampaikan
ucapan dalam majlis sidang media tersebut.
*tiket-tiket
berharga RM388 (Meet and Greet), RM288 (Diamond), RM228 (Platinum), RM188
(Gold), RM128 (Silver), dan RM88 (Bronze) boleh didapati di https://airasiaredtix.com mulai 23 Januari 2019.
Maklumat
lengkap mengenai konsert ini boleh didapati di:
Instagram:
@showlab.my
Facebook:
showlab.my
Hashtag:
#BalanceforBetter, #IWD19MY
No comments: