SASTERA BUDAYA
SERAM TAK SERAM, TETAP ADA
PENGAJARAN
SERAM atau tidak? Memang sejak mendengar
judulnya sahaja saya menjangkakan ia filem
bercorak
seram bertahap tinggi, malah jangkaan/harapan itu besar. Menjelang hari
mula
tayangannya, keterujaan saya semakin kuat.
Filem ‘Annabelle
Comes Home’ ini mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 26
Jun lalu,
sementara di Malaysia sehari kemudian oleh Warner Bros Pictures, dan
New Line
Cinema.
Walau
bagaimanapun, keseramannya biasa-biasa sahaja. Sebaliknya timbul
kegeraman/kehampaan
pula. Ada seram, tetapi rasa geram/hampa melebihi
sehingga
terasa hanya membuang masa menontonnya.
Untuk apa
filem ini dihasilkan, walaupun memang ditunggu-tunggu? Ia filem seram
‘supernatural’
yang dijangka akan ‘pecah panggung’ kerana ceritanya berdasarkan
legenda anak
patung Annabelle. Namun demikian, filem sebelumnya, ‘Annabelle’
(2014,
meraih $257.1 juta daripada kos $6.5 juta), dan ‘Annabelle: Creation’ (2017,
$306.5
juta/$15 juta) lebih menarik, mencengkam, serta membekas.
‘Annabelle
Comes Home’ menarik perhatian penonton/peminat dan pemerhati filem
seram kerana
ia sajian ketujuh francais ‘Conjuring Universe’, yang turut menampilkan
suami isteri
Ed Warren (Patrick Wilson) dan Lorraine Wilson (Vera Farmiga),
perunding
hal-ehwal kesyaitanan, serta pembasmi gangguan roh jahat yang diistilahkan
sebagai ahli demonologi.
Meskipun ia
arahan pertama Gary Dauberman, daripada cerita yang ditulis olehnya
bersama-sama
James Wan (Wan turut menerbitkan filem ini bersama-sama Peter
Safran),
saya tidak menafikan filem ini dihasilkan dengan sabar dan kronologi, dalam
menggerakkan
jalan cerita, serta adegan demi adegan. Kesabaran itu perlu diikuti oleh
penonton
juga. Jika tidak bersabar semasa menonton, akan kurang memahami.
Namun
demikian, kesabaran penonton tidak berbaloi kerana keseramannya kurang
meresapi.
Tidak banyak adegan seram di sepanjang 106 minit durasinya.
Adakah
kekurangan tersebut disebabkan pembikin ‘Annabelle Comes Home’ lebih
suka membawa
pengajaran tersirat daripada memaparkan keseraman melampau,
yang kosong,
dan klise? Adakah itu juga kerana ia filem pertama si pengarah?
Dari
permulaan lagi, saya dapat melihat beberapa siratan. Antaranya jangan
memandai-mandai
mengenai sesuatu perkara yang kurang difahami, jangan suka
mengambil
tahu hal orang lain, patuhi arahan, serta sayangilah ibu bapa, dan
jangan
menyesal setelah mereka tiada lagi sehingga berharap dapat bertemu roh
mereka walaupun
dengan cara yang salah.
Lantaran
bersungguh-sungguh mahu melindungi Annabelle daripada ancaman yang
lebih
bahaya, Ed dan Lorraine membawa anak patung yang kerasukan itu ke bilik
artifak
berkunci di rumah mereka, menyimpannya di dalam almari kaca, dan
‘dilindungi’
doa oleh Paderi Gordon (Steve Coulter).
Walau
bagaimanapun, perkara buruk terjadi setahun kemudian apabila Annabelle
membangkitkan
roh jahat (syaitan yang dikaitkan dengannya, lakonan Joseph
Bishara) di
dalam kurungan itu, yang mencari sasaran baharu, iaitu anak Ed dan Lorraine,
Judy Warren (Mckenna Grace), serta dua orang pengasuhnya, Mary Ellen (Madison
Iseman), dan Daniela (Katie Sarife).
Ed-Lorraine
mengupah Mary kerana mereka perlu menjalankan tugas di tempat lain beberapa
hari. Daniela yang mendapat tahu Mary bekerja di rumah Ed-Lorraine, berminat
menyertai rakan baiknya. Dia ada misi sendiri, iaitu mahu memanggil roh ayahnya
di rumah pakar demonologi itu. Rasa kesal dan bersalah, serta rindu menghantui Daniela
yang didakwa menyebabkan kematian ayahnya.
Walau
bagaimanapun, Daniela melakukan kesalahan lain pula apabila menceroboh
bilik
artifak berkunci Ed-Lorraine itu meskipun telah diingatkan oleh Mary agar tidak
menyentuh
apa-apa di dalam rumah tersebut, apatah lagi menceroboh mana-mana bilik.
Namun
demikian, ketika Mary melayan Judy bermain di luar rumah, Daniela
mengambil
kesempatan melaksanakan misinya. Secara tidak sengaja dia terjumpa
anak kunci
bilik artifak itu, lalu menyelinap masuk walaupun tertulis larangan keras
pada
pintunya.
Hampir semua
artifak disentuh oleh Daniela, sehingga dia terpandang Annabelle,
dan curiga. Disebabkan
sifat ingin tahunya yang mendalam, Daniela tanpa sedar telah membebaskan
Annabelle. Keadaan menjadi kacau setelah Annabelle merasuk semua artifak di
dalam bilik itu. Daniela turut dirasuk oleh salah satu artifak, sehingga hampir-hampir
membunuh Mary.
Roh ayah
Daniela menjelma dalam bentuk jasad asal, dan sama-sama memetik
piano,
tetapi kemudian memarahi anak gadisnya itu. Daniela kemudian menyedari
dia telah
melakukan kesilapan tidak mengikut pesanan Mary.
Daniela
bukan sahaja suka ‘menyibuk’, dan mengabaikan larangan dengan
menceroboh
bilik artifak berkunci Ed-Lorraine, tetapi turut memandai-mandai
(mengenai
sesuatu perkara yang kurang difahami) apabila membuka almari kaca
yang
mengurung Annabelle.
Sehubungan
itu, seperkara lagi yang penting ialah manusia boleh berusaha menghalang
keburukan/kejahatan,
misalnya dengan berdoa. Walau bagaimanapun, itu belum
mencukupi
jika manusia sendiri yang mengundangnya. Paderi Gordon telah berdoa
‘mengunci’ Annabelle,
dan Ed-Lorraine mengurungnya di dalam almari kaca. Namun
begitu,
Daniela merosakkan usaha itu apabila membuka almari berkenaan.
Agak menarik
kekecohan berlaku ketika Ed dan Lorraine tiada. ‘Annabelle Comes Home’
seolah-olah mahu menunjukkan kebolehan anak pasangan ahli demonologi itu, Judy
yang baru berusia 10 menentang roh jahat.
‘Annabelle
Comes Home’ merupakan filem seram ‘supernatural’ yang berdasarkan
legenda anak
patung Annabelle. Ia sekuel filem ‘Annabelle’, dan ‘Annabelle:
Creation’, serta
sebagai sajian ketujuh francais ‘Conjuring Universe’.
Pada awal
April 2018, Warner Bros. mengumumkan 3 Julai 2019 sebagai tarikh filem baharu
dalam francais ‘Conjuring Universe’ yang belum berjudul. Lewat bulan tersebut,
diumumkan bahawa filem itu akan menjadi sajian lain dalam siri ‘Annabelle’,
dengan Gary Dauberman bersetuju menulis lakon layar, dan mengarah sebagai filem
pertama arahannya, berdasarkan olahan cerita oleh Dauberman sendiri, dan James
Wan. Wan dan Peter Safran akan membiayai projek tersebut.
Pada 2018,
San Diego Comic-Con, James Wan dan Safran mendedahkan bahawa filem tersebut
akan muncul selepas ‘Annabelle’, dan menumpukan kepada anak patung setelah
disimpan di dalam kotak kaca di muzium Warren. Dauberman kemudian membuat
kepastian dengan menyatakan filem tersebut akan bermula tidak lama selepas
pembukaan ‘The Conjuring’ di mana watak titular diperkenalkan, tetapi juga
sebelum banyak sajian pertama francais itu.
Pada 5
September 2018, Michael Burgess dipilih sebagai jurukamera filem tersebut. Pada
30 Mac 30, 2019, Kirk Morri pula dilantik menjadi penyunting.
Pada lewat
September 2018, Mckenna Grace ditawarkan membintangi filem ini sebagai Judy
Warren, anak Warren suami isteri yang berusia 10 tahun. Madison Iseman pula
sebagai salah seorang pengasuhnya.
Pada
Oktober, Katie Sarife turut bersetuju berlakon. Pada bulan yang sama, Patrick
Wilson dan Vera Farmiga diumumkan akan tampil kembali sebagai Ed, dan Lorraine
Warren.
Produksi
‘Annabelle Comes Home’ ini dimulakan pada 17 Oktober 2018, di Los Angeles. Pada
7 Disember 2018, Wilson memberitahu dia sudah selesai menjalani penggambaran
yang membabitkannya. Penggambaran penuh selesai pada 14 Disember 2018.
Filem ini
mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 26 Jun lalu, sementara di Malaysia
sehari kemudian oleh Warner Bros Pictures, dan New Line Cinema.
No comments: