KESIHATAN
Cabaran 20 Hari
Freaky Fitz Shaheizy Sam
FAUZIAH TALIB
JUARA PERTAMA
ADA pelbagai cara artis membalas jasa
para peminat mereka. Walau bagaimanapun, cara yang dilakukan oleh Shaheizy Sam
memang istimewa, dan jarang dilakukan.
Menurut pelakon Polis Evo itu, pada mulanya dia hanya mahu
membantu rakan karib menurunkan berat badan mereka, dengan produk yang
diusahakannya, Freaky Fitz. Tambah Sam, dalam proses lima hari pertama, dia dan
rakan mendapat idea untuk membuka peluang kepada para peminat pula.
Menurut Sam lagi, selepas hasrat dimaklumkan dalam akaun
Instagram, dan ‘Facebook’nya, dia tidak menyangka sambutan yang diterima amat
memberangsangkan. Hampir 22 ribu orang berminat menyertai.
Ini menunjukan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah
berat badan, tetapi tidak mengetahui kaedah terbaik untuk mencapai impian.
Selepas memikirkan kesesuaian/kewajaran, Sam dan
sahabat-sahabat menetapkan 20 hari sebagai tempoh ideal para peserta
menguruskan badan masing-masing.
Sam dan sahabat, serta isterinya yang juga pelakon terkenal Syatilla
Melvin mengambil keputusan menganjurkan program ‘Cabaran 20 Hari Freaky Fitz
Bersama-sama Shaheizy Sam’ mulai 5 Ogos lalu.
Daripada 22,000 peserta, 33 orang berjaya ke peringkat akhir
yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 26 Ogos lalu.
Dalam acara yang turut dihadiri Sam dan Syatilla itu, Fauziah Talib dari
Ampang, Selangor muncul sebagai juara setelah berjaya menurunkan berat badannya
sebanyak 15.7 kilogram.
Fauziah, 25, bersama-sama lapan peserta lain membawa pulang hadiah
pakej percutian ke Bali yang disampaikan oleh Sam, dan Syatilla. Dia menyatakan
rasa syukur atas kejayaan yang diraih, dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada penganjur, khususnya Sam yang memberi tunjuk ajar untuk menurunkan berat
badan dengan cara yang sihat.
Menurut Fauziah, telah lama dia mencuba pelbagai cara bagi
menangani masalah berat badan. Selepas mendapat tahu Sam mahu membantu
peminatnya, Fauziah segera menghantar borang penyertaan, dan rasa sangat
bersyukur kerana terpilih, dan berjaya menjadi juara.
Jelas Fauziah, di sepanjang 20 hari, para peserta cabaran
itu telah dibekalkan dengan Freaky Fitz, dan diberi tunjuk ajar secara
berkumpulan oleh Sam. Kini, tambah Fauziah, dia tahu tidak sukar untuk
menurunkan berat badan dengan cara yang betul.
Seorang lagi peserta, Shafiee Zainal Abidin menyatakan
kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut.
Sehubungan itu, Shafiee berpendapat program sedemikian perlu
diteruskan oleh kerana percaya ramai di luar sana yang ingin menurunkan berat
badan, tetapi gagal kerana tidak ada mentor atau rakan yang memberi tunjuk ajar,
serta galakan. Kebanyakannya hanya melakukan separuh jalan.
Tambah Shafiee, dia sendiri telah beberapa kali mencuba
untuk menurunkan berat badan, tetapi gagal. Namun begitu, setelah dipilih
menyertai program ‘Cabaran 20 Hari Freaky Fitz bersama-sama Shaheizy Sam’,
Shafiee mendapati berat badannya turun 14.6 kilogram dalam masa 20 hari. Produk
minuman Freaky Fitz yang diberikan juga banyak membantu dengan perasa tehnya
yang lazat.
Sam menyatakan kegembiraan atas kejayaan semua peserta. Jelas
Sam, ada permintaan ‘Cabaran 20 Hari Freaky Fitz’ untuk kumpulan kedua. Dia
tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkannya.
Acara itu juga menyaksikan pelancaran Freaky Fitz. Produk
minuman berperisa teh limau markisa tersebut diperkaya dengan serbuk guarana,
serta hoodia gordoni bagi membantu
menjaga pemakanan, dan memberi tenaga di sepanjang hari.
No comments: