PELANCONGAN
PROMOSI
ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG MENARA KUALA LUMPUR, MENARA ALOR SETAR
MENARA Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar ditutup
selama dua bulan sebagai mematuhi larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2.0 pada 13 Januari sehingga 4 Mac 2021 yang lalu.
Setelah PKP
ditukar oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) kepada PKP Bersyarat, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar mendapat
kebenaran kembali beroperasi.
Bersempena
dengan pembukaan semula itu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar mengadakan
promosi istimewa, khas untuk warganegara Malaysia, iaitu ‘Promosi Super Deal’ mulai 17 Mac sehingga 16
April 2021.
Menurut Ketua
Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar, objektif utama promosi
tersebut adalah memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengunjungi Menara Kuala
Lumpur dan Menara Alor Setar dengan harga yang amat berpatutan.
Selain itu,
kata Ainol, daya usaha mengadakan promosi ini juga sedikit sebanyak dapat
membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan menggalakkan
rakyat Malaysia melancong dalam negara.
Jelas Ainol,
‘Promosi Super Deal’ menawarkan tiket
PERCUMA kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan
di Menara Kuala Lumpur.
Sementara di
Menara Alor Setar, tiket PERCUMA diberikan kepada 25 pengunjung pertama setiap
hari untuk ke Pelantar Pemandangannya.
Bagi pengunjung
ke-100 dan seterusnya ke Pelantar Pemandangan, Menara Kuala Lumpur menawarkan
harga promosi, iaitu RM15 (harga biasa RM30), dan RM10 kanak-kanak (harga biasa
RM20).
Bagi lawatan
ke Pelantar Pemandangan Menara Alor Setar pula, harga promosinya ialah RM6
dewasa (harga biasa RM12), dan RM4 kanak-kanak (harga biasa RM8).
Menara Kuala
Lumpur juga, tambah Ainol, turut menawarkan harga promosi untuk lawatan ke Sky
Deck dengan hanya RM24 dewasa (harga biasa RM71), dan RM12 kanak-kanak (harga biasa
RM37).
Harga
promosi RM20 dewasa (harga biasa RM48) dan RM10 kanak-kanak (harga biasa RM28) pula
ditawarkan bagi lawatan ke Star View Menara Alor Setar.
Justeru, semasa
Taklimat Media ‘Promosi Super Deal’
di Megaview Banquet Hall. TH03 MKL pada 16 Mac 2021 lalu, Ainol menyeru rakyat Malaysia
mengunjungi Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar bersama-sama keluarga tercinta,
serta rakan-rakan.
Para
pengunjung, kata Ainol, tidak perlu risau kerana pihak beliau amat mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MKN
dan KKM bagi mencegah penularan COVID-19.
Tegas Ainol,
sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di
seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan
selama 45 minit setiap hari.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur menerusi talian 03-20205499/layari www.menarakl.com.my/facebook
@officialmenarakl/Instagram @menarakl atau Menara Alor Setar melalui talian
04-7202901/layari www.menaraalorsetar.com.my/facebook
@menaraalorsetarofficial/Instagram @menaraalorsetarofficial.
Menara Kuala Lumpur setinggi 421 meter yang terletak
di puncak Bukit Nanas, Kuala Lumpur (menara telekomunikasi tertinggi di Asia
Tenggara dan ketujuh di dunia) dibuka setiap hari termasuk cuti umum, dari jam
11 pagi sehingga 7 malam (Isnin-Jumaat), jam 10 pagi sehingga 10 malam (Sabtu
dan Ahad, dan cuti umum).
Menara Alor Setar setinggi 165.5 meter ialah pusat
pelancongan utama, dan mercu tanda bandar Alor Setar.
Restoran Berputar StarSky Menara Alor Setar di paras 94
meter merupakan restoran yang tertinggi di Kedah.
No comments: